Kempen Bulan Anak Yatim & Asnaf

Kempen Bulan Anak Yatim telah dimulakan sejak tahun 2016. Tahun ini MyCARE turut memberi fokus kepada golongan asnaf yang juga merupakan salah satu projek di bawah kelolaan Bahagian Penajaan, MyCARE.
 
Ia akan berlangsung bermula 01 sehingga 31 Mac 2022. Kempen ini merupakan salah satu inisiatif Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) dalam mempromosikan projek penajaan anak yatim dan asnaf.
 
Kempen ini diadakan bertujuan untu merancakkan usaha untuk mendapatkan dana bagi menyantuni anak-anak Yatim dan Asnaf di Palestin, Syria, Filipina, Yaman, Rohingya dan Malaysia. Selain itu, ia juga bertujuan meraikan para penyumbang yang telah memberi sokongan sejak tahun 2010 lagi.
 
Setakat ini MyCARE telah menyalurkan sumbangan anak yatim dan asnaf sebanyak 24 Juta. Lanjutan dari sokongan dan sumbangan yang diberikan melalui program-program yang telah dilaksanakan, “Bulan Anak Yatim & Asnaf” tahun ini akan dimantapkan dan diperluaskan lagi kepada semua lapisan masyarakat melalui program-program menarik seperti berikut:
 
a) Meet and Greet 3.0 Exclusive
b) Bulan Anak Yatim Screenmasters – Video Competition
c) Program Talk “WeLoveWeCare”
d) Kempen Dana Penajaan
– “Orange4Orphan”
– “Gift Box for Orphan & Asnaf”
– Asnaf Palestin, Syria & Yaman
– Asnaf Malaysia, Rohingya & Filipina
e) Program Motivasi kepada anak yatim & asnaf tempatan yang berdaftar dengan MAIS (KS8)
f) Gift Box for Donors
 
Nantikan pengumuman selanjutnya melalui melalui laman media sosial MyCARE berhubung dengan program-program yang akan dijalankan sepanjang kempen ini berlangsung.
 
———————————————————
Salurkan sumbangan anda kepada anak yatim dan asnaf melalui:
 
mycare.qrd.by/kbay
 
Atau taja anak yatim secara bulanan atau tahunan, borang online boleh didapati di sini:
 
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
 
Raimi Sayuti / Ruhaiza Musanip
+60 13-744 4760 / +603-8941 2341
 
atau klik

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[WinterRelief] MyCARE x SPANCH

Dengan ketibaan musim sejuk, ribuan kanak-kanak terpaksa berdepan dengan kesejukan melampau tanpa pakaian dan tempat tidur yang lengkap.   Ramai daripada mereka ini dari keluarga

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program