Pihak Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan khususnya kepada pihak Pusat Darah Negara (PDN) yang sudi bersama untuk menganjurkan program derma darah di ibu pejabat di Seri Kembangan.
Penganjuran program ini memberi peluang kepada para sukarelawan MyCARE untuk terus memberi sumbangan berdasarkan motto ‘Menyuburkan kemanusiaan, memberi perubahan’.
![](https://mycare.org.my/wp-content/uploads/2020/11/kddmc20b.jpg)
![](https://mycare.org.my/wp-content/uploads/2020/11/kddmc20c.jpg)
![](https://mycare.org.my/wp-content/uploads/2020/11/kddmc20d.jpg)
![](https://mycare.org.my/wp-content/uploads/2020/11/kddmc20e.jpg)
![](https://mycare.org.my/wp-content/uploads/2020/11/kddmc20h.jpg)
![](https://mycare.org.my/wp-content/uploads/2020/11/kddmc20f.jpg)
![](https://mycare.org.my/wp-content/uploads/2020/11/kddmc20g.jpg)
Aktiviti ini diharapkan dapat membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui PDN untuk sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi berikutan pandemik COVID-19 yang menyebabkan stok bekalan darah terganggu berikutan banyak program bersasar yang telah dibatalkan serta pergerakan orang awam yang terbatas akibat dari PKPB.
Jutaan terima kasih kepada para SUKARELAWAN MyCARE dan semua PENDERMA DARAH yang sudi bersama menjayakan program ini agar dapat memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi untuk kegunaan hospital di seluruh negara.
#kitajagakita
#dermadarahtandasihat
“Nurturing Humanity, Making a Difference”