Krisis kemanusiaan di Syria telah mengorbankan lebih dari 400,000 orang dan lebih 14,040 yang terkoban adalah dari kalangan kanak-kanak.
Serangan tidak henti regim al-Assad dan Rusia juga telah mengakibatkan kira-kira 30,000 rakyatnya termasuk kanak-kanak kehilangan anggota badan. Baru ini sahaja, 2000 kanak-kanak di Damascus telah dipotong anggota kaki/tangan akibat kecederaan yang tidak dapat diselamatkan, dan semuanya memerlukan tangan / kaki palsu untuk membolehkan mereka meneruskan kehidupan dalam keadaan serba kekurangan.
Rose2Rose dan i4SYRIA (agensi dibawah MyCARE) menyasarkan untuk menbiayai kaki dan tangan palsu untuk 10 kanak-kanak di Syria bagi memberikan sinar kehidupan baru kepada mereka. Kos keseluruhan yang diperlukan adalah sebanyak RM 227,000 dan kos untuk seorang adalah RM 22,700. Kos ini termasuk kos pengangkutan/logisitik kanak-kanak ke Gazientiep, kos kaki dan tangan palsu dan juga kos program rehabilitasi dan psaikososial untuk memberikan semangat kepada kanak-kanak ini.
Dua langkah mudah untuk menyumbang:
1) Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’:
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
2) Maklumkan melalui email ke r2r@mycare.org.my bersama salinan resit/slip atau Whatsapp/Telegram ke +6013-2613180 (Atiqah) dan nyatakan untuk ‘Kaki Palsu’
*Kami menerima sebarang amaun sumbangan untuk projek ini
Jika ada mana-mana syarikat/korporat/individu yang ingin menaja seorang kanak-kanak boleh menghubungi En Aiman (012-2799734).
Mohon sebarkan info ini kepada saudara/kenalan/sahabat anda!
Sumber/Data: Syrian Observatory for Human Rights, Syria Relief & Will Step Org (Turki)
[Banjir] MyCARE bantu pembersihan rumah mangsa
Lokasi: Taman Sri Bayu, Tumpat, Kampung Kelawar Kampung Lancang, Pasir Mas Jenis bantuan: Pek Makanan & Mencuci Jumlah: 30 buah keluarga Sukarelawan: