Kenapa kami dibawa tsunami?

Pagi tadi team MyCARE melakukan tinjauan di kawasan Pantoloan dan Wani iaitu kawasan paling teruk kemusanahannya akibat gempa dan tsunami kerana berada di tepi pantai. Runtuhan rumah-rumah masih kelihatan dan dimaklumkan masih ada mayat yang belum dikeluarkan dari runtuhan.


Lagi gambar-gambar di FB MyCARE
Ketika kami di sini orang kampung sedang mencari mayat seorang kanak-kanak yang belum ditemui sebelum ini. Seorang nenek yang kami temui kelihatan menangis di hadapan rumah anaknya kerana keluarga anaknya termasuk cucu terkorban ketika cuba menyelamatkan diri daripada tsunami.
Semoga Allah memberikan kemudahan dan kekuatan buat saudara kita di sini. Ameen.
Ayuh bersama INFAQ ke Tabung Gempa Tsunami Sulawesi: www.billplz.com/tsunamisulawesi
Aiman Khairul Azzam
Ahli Misi MyCARE

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Groceries for Ramadan 2025

Rose2Rose bersama Team Penawar Asnaf mengajak anda untuk menyemarakkan bulan yang mulia ini dengan menyumbang kepada Kempen Groceries for Ramadan! Sasaran: 100 keluarga asnaf di

Jom Tunaikan Zakat Melalui MyCARE

Seperti mana yang kita sedia maklum Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merupakan Ejen Perunding Zakat bagi Lembaga Zakat Selangor sejak tahun 2022.Oleh itu MyCARE ingin mengajak