Kenyataaan Media Syria Care & MyCARE Mengenai Pembunuhan Beramai-Ramai Di Timur Ghoutah

Syria Care dan MyCARE mewakili rakyat Malaysia mengutuk keras pembunuhan ke atas orang awam di Timur Ghoutah oleh regim Presiden Bashar al Assad serta sekutu kuatnya Rusia.
Kami juga mendesak supaya tindakan tidak berperikemanusiaan dan berhati perut itu dihentikan segera kerana keadaan di sana dilapor semakin kritikal dengan skala kemusnahan yang tidak boleh digambarkan.
Selepas dikepung selama hampir lima tahun, angka kematian meningkat berkali ganda.
Serangan udara oleh pihak berkenaan sejak awal bulan ini, telah meragut hampir seribu nyawa.
Berdasarkan laporan Syrian Observatory for Human Rights (SOHR), tiada tempat yang selamat untuk mereka berlindung di Timur Ghoutah kerana semua bangunan dan kawasan penempatan telah menjadi sasaran bom dan roket tentera kerajaan serta konco-konconya.



Pada lewat Isnin hingga Selasa lalu, serangan udara tanpa henti selama 30 jam dengan pelbagai jenis bom, telah dilancarkan ke atas kawasan berkenaan.
Dalam tempoh 48 jam, ia mengorban lebih 250 nyawa.
Operasi kali ini diperhebat dalam usaha tentera kerajaan menguasai semula kawasan yang dihuni 400,000 penduduk itu dari penguasaan kumpulan penentang.
Lebih membimbangkan, regim Bashar al Assad dan konco-konconya, kini dilaporkan hanya menunggu isyarat untuk melancarkan serangan darat besar-besaran dengan senjata berat ke atas kawasan itu.



Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Selaku, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang membantu mangsa konflik di Syria, mendesak supaya penyembelihan berterusan ke atas mereka yang tidak berdosa dan terkepung di Timur Ghoutah dihentikan segera.
Selain itu, kami juga meminta supaya kebenaran diberikan bagi membolehkan penghantaran misi bantuan kemanusiaan khususnya ubat-ubatan dan bekalan makanan memasuki kawasan itu.
Nota bantahan ini diserahkan kepada wakil kedutaan Rusia atas kapasiti Kremlin sebagai sekutu kuat pentadbiran Damsyik.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit