MyCARE telah menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia yang menyumbang dalam Tabung Kecemasan Gempa Lombok dalam Misi Bantuan Gempa Lombok 1.0 dan 2.0.
Berikut adalah keperluan yang diperlukan secepatnya oleh mangsa-mangsa gempa di Lombok.
1. Rumah Senyum: Iaitu shelter yang lebih teguh untuk menempatkan setiap satu keluarga yang harganya hanya RM1,000 dan ia mampu bertahan sehingga 2 tahun sementara mangsa-mangsa mendapatkan bantuan membina rumah kekal di tapak asal.
2. Musalla / Masjid Darurat: Iaitu khemah besar untuk menempatkan jemaah menunaikan solat harian, anak-anak mengaji, Solat Jumaat dan aktiviti kampung.
Ini adalah sebagai tempat sementara sementara masjid baru akan di dirikan. Ribuan masjid dan musalla musnah di dalam gempa ini.
Buat pengetahuan anda, Lombok di kenali juga sebagai Pulau 1,000 Masjid kerana hampir setiap 1 kilometer akan terdapat sebuah masjid.
Harga dianggarkan adalah Rupiah Indonesia (RI) 11.6juta (RM3,500.00).
3. Tadika / Sekolah Darurat: Iaitu khemah untuk Tadika / Madrasah / Sekolah Darurat sementara memperoleh dana untuk membangun semula di tempat asal. Anggaran harga setiap satu adalah dari RM2,500 – 5,000 bergantung keluasan.
4. Pek Makanan / Pek Wanita / Kanak-kanak: Anggaran RM50.00 setiap pek.
Teruskan membantu saudara-saudara kita di Lombok. Mereka hilang tempat tinggal, pakaian, mainan, harta dan emosi yang tidak stabil.
Hulurkan sumbangan anda segera di https://www.billplz.com/
Tabung Pemulihan Gaza
Selepas gencatan senjata yang dicapai pada 19 Januari 2025, penduduk Gaza kini memerlukan kemasukan bantuan sesegera mungkin.Berikut adalah statistik terkini mengenai kemusnahan di Gaza selepas