Alhamdulillah! Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang melalui MyCARE. Warga Gaza semakin mengenali negara Malaysia dan MyCARE.
Sebanyak 6,000 unit pek makanan yang terdiri daripada 16 jenis makanan telah diagihkan di 12 checkpoint di seluruh wilayah Gaza. Bagi penerima manfaat yang tidak berkemampuan untuk mengambil sumbangan seperti warga tua dan golongan miskin, sukarelawan kami telah menyampaikan bantuan terus ke rumah mereka.





Salah seorang penerima manfaat menangis dan berkata kepada pegawai kami bahawa dia memang sedang menunggu bantuan. Dari awal Ramadan lagi, beliau tidak dapat mencari makanan untuk anak-anak beliau. Seawal Ramadan, beliau hanya bertahan dengan beberapa biji kurma dan air. Suami beliau terbunuh ketika perang 2012, dan tidak mampu untuk menaiki pengangkutan awam (teksi) untuk mencari bantuan.
Bagi memastikan sumbangan anda sampai tepat pada yang memerlukan, pegawai kami di Gaza telah mendapatkan data dan maklumat yang terperinci hasil kerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Sosial Palestin dan bantuan 27 NGO tempatan. Ini bermaksud sumbangan anda akan sampai kepada saudara kita yang benar-benar memerlukan.
Kami sentiasa menitikberatkan hal-hal sebegini supaya sumbangan ikhlas anda sampai kepada penerima yang layak. MyCARE Gaza sering berkerjasama dengan kerajaan Palestin di Gaza seperti Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Hal Ehwal Sosial dan banyak lagi.





Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif
JUTAAN TERIMA KASIH kepada seluruh rakyat Malaysia yang telah menyumbang di dalam kempen MyRamadan.
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita dari 21 buah negara belum lagi mendapat Tajaan Makanan dan Hadiah Raya. Jom bersama kami membantu mereka!
Ayuh terus menaja makanan mereka! Derma segera di https://www.billplz.com/myramadan