Kunjungan ke NSWO

SEREMBAN  – Sebuah kunjungan ziarah ke pejabat Negeri Sembilan Women’s Organisation (NSWO) disambut meriah oleh warga NSWO.
YM Raja Dato’ Datin Seri Hajah Salbiah Tengku Nujumudin, selaku Yang Dipertua NSWO bersama para penggerak NSWO, sudi menerima kunjungan ziarah tersebut yang diketuai oleh Hajjah Gharizah Hj Hashim, Pengerusi Wanita PERKIM Seremban turut disertai oleh Tuan Hj Kamarul Zaman Shaharul Anwar, CEO MyCARE dan En. Akmar Hisham Zulkefli, Pegawai Media Kanan MyCARE.




Ziarah tersebut bertujuan berkongsi pengalaman kerja-kerja kemanusiaan yang digerakkan sejak 2010 oleh MyCARE, dan juga meraih sokongan terhadap program-program yang akan datang, terutamanya “Save Humanity ; Gala Chairty Dinner” iaitu sebuah program makan amal yang akan dijayakan pada 22 April 2017 (Sabtu) di Hotel Royale Bintang, Seremban.
YM Raja Dato’ dan warga NSWO memberikan sokongan yang baik selepas mendengar pnejelasan dari CEO MyCARE berkenaan isu-isu kemanusiaan yang merentasi agama, kaum dan negara terutamanya misi Women’s Boat to Gaza yang disertai oleh salah seorang Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr.Fauziah Hasan.
Semoga jalinan silaturahim ini akan dapat menyuburkan lagi gerak kerja kemanusiaan khususnya di Negeri Sembilan, insya Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini