Kunjungan UMPSA ke Ibu Pejabat MyCARE

MyCARE menerima kunjungan hormat dari 3 delegasi Yayasan Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) yang diketuai ketua eksekutif yayasan itu, En. Mohd Jamil Mohd Jaafar.

 

Mereka dalam rangka lawatan menziarahi beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi menjalin hubungan selain berkongsi pengalaman dalam pengurusan organisasi.

 

MyCARE diwakili oleh Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE bersama-sama Haji Kamarul Halim Sakrani, Pengurus Kanan Projek.

 


 

 

Dalam pertemuan ini, MyCARE telah berkongsi beberapa tip pengurusan organisasi selain amalan terbaik (best practice) dalam pengurusan kewangan dan dana awam. Yayasan UMPSA juga turut berkongsi tentang aktiviti-aktiviti mereka dalam menyantuni pelajar, badan-badan korporat dan juga program-program bersama komuniti luar bandar serta masyarakat di pedalaman.

 

MyCARE menyampaikan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih atas kunjungan hormat dan diharapkan agar MyCARE akan dapat bekerjasama dengan Yayasan UMPSA pada masa hadapan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini