SEREMBAN, 23 Nov 2016 – Keprihatinan rakyat Malaysia terhadap sesama insan sememangnya sangat menyerlah. Di Majlis Malam Anugerah dan Penghargaan Krew PETRONAS South 1 sejumlah RM3,464.00 telah dikumpulkan di atas inisiatif Tuan Hj Rosli dari Taman Yayasan yang menggerakkan kutipan ini dan mendapat respon luar biasa hadirin di majlis tersebut.
Terima kasih kepada En Asmadi dari Stesen Petronas Jln Hj Mohd Zin, Melaka yang telah menggenapkannya menjadi RM4,000.00. Kutipan tersebut bertujuan untuk mengisi Tabung Kecemasan Rohingya yang sedang diusahakan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCare) bagi membela rakyat Rohingya yang ditindas di Burma.
Semoga infaq ini diterima Allah dan menjadi saksi bahawa kita telah melakukan sesuatu yang dalam kemampuan kita untuk saudara seaqidah kita yang sedang melalui ujian getir. Cek diserahkan melalui Azizah Ajis, usahawan Petronas Batu Anam Johor. Alhamdulillah.
MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL
Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang
2 comments
Salam
Apakah bentuk bantuan yg sedang diusahakan kepada saudara2 rohingya di myanmar?
Terima ksih
Waalaikumussalam wr wbt…
Terima kasih atas pertanyaan saudara. Pihak MyCARE sedang menggerakkan Tabung Kecemasan Rohingya. Maklumat lanjut boleh didapati pada pautan berikut: http://www.mycare.org.my/arakan-bergolak-kembali/