Laporan keseluruhan Misi Perahu4Palu & Tsunami Banten, Jawa Barat

28 September 2018 menjadi sejarah hitam apabila bumi Sulawesi Tengah dikejutkan dengan gempa bumi 7.4 skala Richter yang menyebabkan tragedi tsunami dan likuifaksi tanah. Jutaan rakyat Indonesia terkesan dan ratusan terkorban. Selang beberapa minggu, berlu pula tsuanmi di Pantai Banten Selat Sunda.
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia dalam beberapa siri misi kemanusiaan ke sana. MyCARE berjaya melaksanakan 4 misi kemanusiaan ke Palu dan Donggala. Misi kelima ini adalah projek khas MyCARE bersama Pasaraya Econsave dikenali sebagai Perahu4Palu bagi membantu penduduk di Palu yang rata-ratanya mencari rezeki di laut. Misi ini turut menyalurkan bantuan ke Utara Donggala Sualwesi Tengah. Misi ini turut mengambil kesempatan ke Pantai Banten, Jawa Barat.
Misi ini diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Zin Kandar, iaitu Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE yang turut menjawat sebagai Pengurus MyCARE Johor. Turut serta ialah Encik Mas Imran Adam, Pengurus Besar Econsave Wilayah Selatan dan Encik Mohammad Saadon, Penyelia Operasi MyCARE Johor. Turut bersama di dalam misi kali ini ialah wartawan dari Utusan, Sinar Harian, Harian Meto, Media Prima (TV3) dan RTM.



1. Misi Menyalurkan Bantuan di Kg Loli Dondo, Palu
Pihak kami difahamkan terdapat 32 orang nelayan terkesan manakala hanya 3 orang sahaja dapat meneruskan pencarian rezeki di laut kerana perahu mereka tidak rosak dibadai tsunami. MyCARE bekerjasama dengan NGO setempat, PKPU Human Initiative yang telah membuat kajian di lapangan bagi memastikan keberkesanan penyaluran bantuan kepada sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan. Setiap nelayan diperuntukkan sebuah perahu beserta enjin dan jaring ikan dianggarkan bernilai RM2,500 – 3,500.
Pada hari pertama penyaluran Misi Bantuan Perahu4Palu dan Bantuan Tsunami Selat Sunda, MyCARE telah menyerahkan 10 buah perahu nelayan kepada 10 buah keluarga di Kampung Loli Dondo untuk fasa pertama, 100 bungkusan pek makanan untuk 100 buah keluarga, 160 bungkusan hadiah untuk 160 orang kanak-kanak sebagai rawatan psiko-sosial dan 30 set telekung wanita.




2. Misi Menyalurkan Bantuan di kampung-kampung nelayan di Utara Donggala, Sulawesi Tengah
Penyaluran bantuan diteruskan pada hari kedua di Kampung-kampung Nelayan di utara Donggala. Sejumlah 200 bungkusan pek makanan dan 400 bungkusan hadiah diberikan kepada kanak-kanak dan set telekung wanita. Perkampungan-perkampungan yang diziarahi di sini pernah dikunjungi oleh team MyCARE dan Econsave sebelum ini di dalam misi bantuan MyCARE yang ke-2 di mana para peserta misi mendapatkan makluamt ‘first hand’ ketika itu mengenai kemusnahan perkampungan-perkampungan nelayan dan kehancuran perahu-perahu mereka.
Para penduduk di sini sangat teruja dan kelihatan begitu gembira apabila MyCARE dan Econsave sekali lagi datang bukan sahaja membawa bantuan makanan, telekung, hadiah untuk kanak-kanak, malah menyalurkan lebih 20 buah perahu untuk para nelayan. Para peserta misi dan media turut berpeluang menaiki perahu-perahu sebagai simbol penyerahan dan membuat rakaman-rakaman ‘moment’ yang sangat bersejarah.



Lagi gambar-gambar di album MyCARE Johor
3. Misi bergegas dengan perjalanan udara dan darat dari Plau ke Jakarta dan terus ke Banten, Jawa Barat
Misi yang tiba pada petang 21 Januari 2019 dimulai dengan pelbagai aktiviti serahan makanan, hadiah kanak-kanak, women hygiene pack dan aktiviti psiko-sosial dengan bantuan NGO PKPU Human Initiative di Kampung Cikujang, Desa Tanjung Jaya, Kechamatan Panimbang, Banten Selat Sunda. Yang lebih menarik, seorang badut dibawa bagi merawat trauma kanak-kanak yang menyaksikan bencana dahsyat ini dengan mata mereka. Alhamdulillah, para penerima manfaat tidak putus-putus berterima kasih kepada saudara-saudara serumpun mereka yang berada di Malaysia. Salam dan doa dikirimkan buat para penyumbang yang menyalurkan sumbangan melalui MyCARE.
Pihak MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penyumbang yang telah menyumbang dalam tabung bantuan ini khasnya pihak pengurusan Pasaraya Econsave dan para pelanggan Econsave yang menyumbang dalam Tabung Gempa Lombok dan Palu yang diletakkan di lebih 70 pasar raya Econsave di seluruh negara.
Teruskan menyumbang kepada mereka yang memerlukan di: https://www.billplz.com/mycare
Ikuti kami di FB MyCARE dan Telegram.
‘Nurturing Humanity, Making a Difference’

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit