Team Penajaan Anak Yatim dan Keluarga Miskin MyCARE telah menziarahi ibu pejabat Pertubuhan IKRAM Malaysia bagi menyerahkan laporan Penajaan Keluarga Miskin Palestin kepada Presiden IKRAM, Dr. Mohamad Parid Syeikh Ahmad.
Sebanyak 75 buah keluarga miskin telah ditaja hasil sumbangan yang diterima melalui Pertubuhan IKRAM Malaysia yang berjumlah RM 500,000.00 sejak Disember 2015 sehingga November 2016. MyCARE mengambil inisiatif untuk memberi ruang kepada rakyat Malaysia untuk membantu keluarga-keluarga miskin di Palestin dengan berkerjasama NGO setempat Ghirass for Society Development.
Laporan akan dihantar sebanyak dua kali setahun bagi setiap penajaan anak yatim atau keluarga miskin.
Bagi yang berminat untuk menaja, sila layari
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat