Lawatan Misi Kemanusiaan Afghanistan ke AlHayat Hospital

Satu kunjungan telah diaturkan di AlHayat Hospital bagi pertemuan ahli misi yang dianggotai wakil MyCARE, Encik Noorsyazly Rameli, wakil Global Peace Malaysia, Encik Ahmad Hamizan dan 2 orang wakil dari IKRAM Health Malaysia, Dr. Afiq Mohd Nor dan Dr. Nadzrul untuk bertemu pasukan Afghanistan Islamic Medical Association (AIMA) di Kabul pada hari ini.

 

MyCARE berbesar hati menyumbang USD10,000 untuk bantuan bekalan ubat-ubatan dan kelengkapan Free Medical Camp di pedalaman Afghanistan yang akan dilaksanakan oleh AIMA.

 

Ahli misi juga dibawa untuk melawat fasiliti dan perkhidmatan yang disediakan oleh AlHayat Hospital, hospital swasta terbaik di Kabul.

 

 

 


 

 


 

 

IKRAM Health selaku rakan pelaksana projek (perubatan) merancang memberi khidmat latihan dan pertukaran kepakaran bagi latihan pembantu perubatan dan paramedik.

 

Misi ini merupakan misi kedua MyCARE ke Afghanistan.

 

 

 


 

 

Misi Kemanusiaan MyCARE Afghanistan 1.0 pada Februari lalu telah menyampaikan bantuan berupa bantuan makanan, pakaian, khemah dan selimut selain alat-alat perubatan demi membantu rakyat Afghanistan meneruskan hidup mereka.

 

Terkini, seluruh usaha kemanusiaan di sana diteruskan dengan memfokuskan isu-isu terkait kebajikan wanita dan kanak-kanak. Untuk itu, misi 2.0 antara 3 – 11 September 2022 ini menyasarkan isu wanita dan kanak-kanak ini sebagai keutamaan bantuan selain perubatan.

 

Ayuh kita bersama ringankan beban mereka di :

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

 

Rujukan : Afghanistan

 

Sila hantarkan maklumat ke email campaign@mycare.org.my atau Whatsapp ke wasap.my/60389412341

 

“Nurturing Humanity, Making a Difference”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan untuk penduduk Putra Heights

Letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini telah mengubah hidup ramai keluarga dalam sekelip mata. Dalam sekelumit detik, tempat tinggal musnah, keperluan harian lenyap,

Qurban Paling Murah!

Mengangkat saranan Allah SWT untuk berkorban, MyQurbani ingin setiap rakyat Malaysia mampu menunaikan ibadah korban dengan membuat keistimewaan pada tahun ini.Pakej termurah kami akan diturunkan

[MyRamadan] Agihan pek makanan di Somaliland

Alhamdulillah, pada Ramadan lalu MyCARE telah berjaya menyalurkan bantuan Ramadan kepada komuniti yang memerlukan di Somaliland – wilayah yang sering terpinggir daripada radar bantuan antarabangsa.