SIBU, 15 Apr 2017 – Puan Roha Hassan iaitu Pengurus Besar Operasi MyCARE telah melancarkan Kempen “Orange4Orphan” bagi projek Penajaan Anak-anak Yatim peringkat daerah Sibu, Sarawak. Majlis minum petang bersama penaja anak yatim ini adalah bertujuan untuk meraikan penaja-penaja anak yatim Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan FIlipina khusus untuk menghargai sumbangan dan sokongan yang telah diberikan oleh para penaja kepada Projek Penajaan Anak Yatim yang diuruskan oleh Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sejak tahun 2010.
Di dalam majlis tersebut, Puan Roha Hassan memperkenalkan dan membentangkan objektif MyCARE serta pelaksanaan projek tajaan anak-anak yatim dan bagaimana MyCARE sebagai pertubuhan kemanusiaan melibatkan diri di dalam usaha-usaha kempen kesedaran, menghantar misi-misi bantuan dan menyampaikan bantuan-bantuan kemanusiaan di lebih 20 negara di dunia, khususnya yang sedang dilanda konflik dan malapetaka semulajadi.
Sejak 2010, MyCARE telah berjaya menguruskan penajaan seramai 3,000 orang anak yatim Palestin, Syria, Rohingya dan Filipina. Sebahagian besar daripada anak-anak ini telah pun mencapai umur 18 tahun dan tidak lagi memerlukan bantuan penajaan. Pada ketika ini, MyCARE menguruskan seramai 1,292 orang anak yatim dan merancang untuk menambah lagi jumlah ini.
Tahun lalu, MyCARE berjaya mengumpulkan dana tajaan sebanyak RM3.1 juta dan tahun ini MyCARE menyasarkan kutipan sebanyak RM4 juta untuk menambah lagi bilangan anak yatim dan keluarga miskin yang bakal menerima manfaat. Setakat ini, sebanyak RM 1.2 juta telah berjaya dikumpul untuk dana penajaan. Majlis pada tersebut diharap dapat menyakinkan para penaja yang sudah atau menghampiri tarikh akhir penajaan untuk menyambung penajaan mereka untuk tahun berikutnya. MyCARE juga mengalu-alukan sekiranya penaja ingin menambah komitmen sedia ada atau membantu kami mempromosikan projek ini kepada rakan-rakan yang lain.
“Anda semua para penaja dan penderma adalah hero dan pejuang sebenar,” ujar Puan Roha Hassan di dalam ucap terima kasih di majlis tersebut.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Cik Zurina Ain Ibrahim, Pengerusi MyCARE Sibu membentangkan program-program yang di jalankan di MyCARE Sibu seperti memberi ceramah kemanusiaan di masjid dan surau sekitar Sibu mengenai Projek Penajaan Anak Yatim, membuka booth jualan dan pameran kesedaran mengenai Penajaan Anak Yatim di Program Mothers’ Against Pornography di MUC, Chinese New Year Open House di Sarikei, Kompleks MARA Sibu, dan Kolej Vokasional Sibu dan mengadakan flashmob bagi menunjukkan solidariti kepada penindasan rakyat Palestin. “Harapan saya, agar warga dewan terus menyokong kami melalui MyCARE dalam usaha membantu rakyat Palestin, Syria, Iraq, Nusantara, Rohingya, Somalia dan Malaysia. Bantulah mereka melalui kami, MyCARE Sibu,” ulas Pengerusi MyCARE Sibu.
Kos penajaan seorang anak yatim Palestin atau Syria adalah sebanyak RM190 sebulan manakala kos penajaan seorang anak yatim Rohingya atau Filipina adalah sebanyak RM125 seorang. Tempoh minima penajaan adalah selama satu tahun. Sumbangan umum untuk ‘Tabung Anak Yatim MyCARE’ juga boleh disalurkan melalui akaun Maybank Islamic (5515 7500 4299) atau CIMB Islamic (8602 13 5592) atau Bank Islam (1209 2010 0349 04).
Untuk pertanyaan lanjut berhubung projek ini, orang ramai boleh melawati laman sesawang MyCARE di www.mycare.org.my/penajaan-anak-yatim-mycare atau hubungi 03-8941 2341 / 013-744 4760 atau emel ke sponsorship@mycare.org.my.