Majlis Iftar Perdana bersama warga emas

https://www.facebook.com/aqsa.syarif/videos/1551126868244309/

 
Subhanallah! Lihatlah senyuman mereka!
MyCARE Gaza telah melangsungkan satu majlis berbuka puasa perdana bagi meraikan warga emas yang berada di Gaza. Seramai 250 warga emas di Gaza dijemput untuk berbuka puasa bersama-sama termasuk dari rumah-rumah orang tua.
Mereka dihiburkan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti sukaneka, persembahan dan lain-lain bermula selepas waktu Asar.





Terserlah kegembiraan mereka apabila diraikan dengan istimewa sekali. Bagi mereka, program ini amat dinanti-nantikan setiap tahun. Mereka menyampaikan penghargaan dan rasa sayang kepada para penyumbang dari Malaysia. Mereka juga meminta supaya tidak dilupakan kerana mereka kesunyian dan memerlukan orang seperti para penyumbang dari Malaysia yang sentiasa mengukir senyuman mereka.
Para pekerja di rumah orang tua ini menzahirkan rasa syukur atas sokongan rakyat Malaysia yang tidak putus-putus. Mereka mengatakan rumah orang tua di sini semakin kekurangan dana serta penajaan.






Lagi gambar-gambar di album Aqsa Syarif
Kami mewakili MyCARE Gaza serta warga tua di Gaza mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN ANDA di dalam kempen MyRamadan 1438H.
Sebagai peringatan bersama, masih ramai lagi saudara-saudara kita dari 21 buah negara belum lagi mendapat Tajaan Makanan dan Hadiah Raya.
Jom bersama kami membantu mereka! Derma segera di https://www.billplz.com/myramadan
“Ibadah Kita, Kegembiraan Mereka”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali