PUTRAJAYA, 16 Mei 2019 – Bersempena dengan bulan Ramadan ini, JAKIM menjemput 10 buah organisasi pertubuhan dan NGO yang terdiri daripada pelbagai jenis inisiatif.
Tuan Hj. Kamarul Zaman Shaharul Amwar selaku Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE menerima sumbangan berjumlah RM10,000 oleh YB Hajjah Fuziah Salleh, Timbalan Menteri Agama Pejabat Perdana Menteri di Kompleks Islam Putrajaya.
Dana tersebut adalah inisiatif YB Fuziah Salleh bersama-sama JAPEIM dan Tabung Yayasan Taqwa untuk membantu keperluan Ramadan kepada mereka yang memerlukan. “Kita akan cuba untuk membuat inisiatif yang mampu mengeluarkan penerima kepada pemberi pada hari akan datang,” menurut YB Fuziah Salleh.
Majlis diakhiri dengan pelancaran Kempen Inspirasi Ramadan YaPEIM 1140H yang akan menyampaikan bantuan kepada mereka yang memerlukan terutamanya pada bulan Ramadan ini.
Jom teruskan sumbangan tabung MyRamadan, klik untuk menderma: mycareproject.org/myramadan