Majlis Penyerahan Watikah YADIM

Pengerusi MyCARE, Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha telah menghadiri majlis penyerahan watikah dan mesyuarat pertama jawatankuasa Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) yang dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – Yadim.

 

Bertujuan memperkasakan dan menyelaras gerakan dakwah negara, seramai 60 anggota jawatankuasa badan Islam bersama YADIM menerima watikah lantikan masing-masing di ibu pejabat badan dakwah ini di Putrajaya pada 24 Januari.

 


 

 

 

 

Watikah berkenaan disampaikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dr. Zulkifli Hasan disaksikan Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus.

 

Enam puluh anggota jawatankuasa berkenaan masing-masing mewakili Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Nadwah Ulama dan Ilmuan YADIM (NUIM) dan Majlis Wanita Islam YADIM (MAWIM).

 

Foto: YADIM

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

Sumbangan untuk mangsa banjir Johor

Sejumlah 44 buah set toto telah diserahkan kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau, Johor Bahru untuk diagihkan kepada murid-murid dari SK Kangkar Tebrau yang terkesan