PUNCAK ALAM, 10 Februari 2019 – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan kerjasama pasaraya Econsave hari ini melancarkan Kempen Medical4Gaza dengan objektif mengumpul dana bagi merawat 2,400 orang penduduk Palestin yang cedera akibat kekejaman Israel di wilayah terkepung, Semenanjung Gaza.
Kempen ini disokong kuat Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad sekaligus merasmikan kempen Medical4Gaza di Pasaraya Econsave Alam Jaya sebentar tadi.
Turut hadir dalam majlis pelancaran ini adalah Executive Director Pasar Raya Econsave, Mr. Lai Sia Ling, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Dr. Khalid Ibrahim, wakil dari Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ahmad Khudari, Pengurus Besar Pasar Raya Econsave, En. Mas Imran Adam, dan Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE), Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar.
“Inisiatif pasaraya Econsave dan MyCARE membantu rakyat Palestin adalah kerjasama yang baik dan membanggakan,” kata Menteri Kesihatan Malaysia Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
“Pihak kerajaan mengalu-alukan inisiatif murni MyCARE dan Econsave menjalinkan kerjasama bagi membantu rakyat Palestin. Saya dimaklumkan Pasaraya Econsave adalah rangkaian pasaraya terbesar yang aktif dalam memberi bantuan kepada mereka yang kurang benasib baik.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar berkata bantuan perubatan menjadi keutamaan buat MyCARE pada masa ini. Bekalan perubatan di Gaza semakin berkurangan dan terjejas teruk semenjak tentera Zionis Israel melakukan serangan kepada orang awam dalam perhimpunan The Great Return March.
“Serangan di Gaza masih berterusan sehingga kini. Pada 8 Februari lalu, Pegawai Kesihatan Gaza melaporkan 2 orang remaja Palestin berumur 14 dan 18 tahun ditembak mati. Sekurang-kurangnya 249 orang penduduk Palestin terkorban akibat ditembak tentera Israel semasa melakukan bantahan sejak Mac tahun lepas.”
“Hospital-hospital di Gaza mengalami masalah kekurangan bekalan perubatan akibat tentera Zionis Israel semakin giat melancarkan serangan. Justeru, hospital tidak lagi mampu menampung keperluan mangsa yang cedera kerana jumlah kecederaa terlalu tinggi,” tambah beliau.
MyCARE berjaya memasuki Gaza pada bulan Ramadan tahun lalu melalui satu misi kemanusiaan. Wakil MyCARE, Prof Madya Dr Mohd Zin Kandar berpeluang bertemu dengan Timbalan Menteri Kesihatan Gaza, Dr Yusof Aburrish dan mengenal pasti lebih daripada 7,000 pesakit menunggu untuk mendapatkan rawatan pembedahan dan rawatan segera.
Keperluan peralatan terkini serta tenaga pakar tidak mencukupi di hospital-hospital di Gaza. Dr. Zin diberikan pengalaman melawat salah sebuah bilik bedah di sebuah hospital. Amat memeranjatkan melihat mereka hanya memiliki peralatan asas yang sudah uzur bagi melakukan kerja-kerja pembedahan.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
MyCARE dalam perancangan menghantar keperluan tenaga pakar dari Malaysia seramai 60 orang doktor secara berperingkat. Untuk fasa pertama,15 orang doktor akan dihantar ke Gaza dan berkhidmat selama 10 sehingga 15 hari.
Antara pihak yang akan bekerjasama dalam projek ini ialah Kementerian Kesihatan Gaza, Al-Quds Hospital (Gaza City), Dar Assalam Hospital (Khan Younis), Kuwait Hospital (Rafah), Awda Hospital (Jabalia), Yafa Medical Centre (Deir Al Balah) dan pejabat MyCARE Gaza.
Kempen Medical4Gaza dilaksanakan dalam bentuk aktiviti pameran di cawangan-cawangan Econsave terpilih dan tabung-tabung sumbangan Medical4Gaza akan ditempatkan di setiap cawangan Econsave di seluruh negara.
Pihak MyCARE mengalu-alukan sumbangan orang ramai yang prihatin kepada isu-isu kemanusiaan untuk terus menyalurkan sumbangan anda menerusi Humanitarian Care Malaysia Berhad melalui akaun Maybank 551575004299, CIMB Islamic 8602135592 atau Bank Islam 12092010034904.
Jutaan terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Gaza, Pasaraya Econsave dan orang ramai yang menyokong usaha ini.
“Nurturing Humanity, Making a Difference”
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas