[Medical4Gaza] MyCARE x Econsave taja peralatan hospital di Gaza

Usaha baru MyCARE dan Econsave dalam projek Medical4Gaza diteruskan dengan penajaan 3 alatan keperluan hospital di Gaza.
 
Alatan CBC machine telah dibekalkan untuk Patient Friend’s Benevolent Hospital bagi menambah kekuatan kepada operasi kecekapan tinggi mereka. Alat ultrasound telah dihantar ke Askalan Medical Centre. Sumbangan ini bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang kurang berkemampuan. Pusat perubatan ini terletak di kawasan padat penduduk yang menghadapi keadaan ekonomi yang mencabar.
 

 

 

 

 

 

 

 
Seterusnya, peranti UPS telah dibekalkan ke Taiba Medical Centre. Penambahan alat ini berfungsi untuk melindungi peralatan hospital daripada rosak disebabkan oleh gangguan bekalan elektrik yang terputus-putus.
 
Mesin dan peranti ini ditetapkan untuk memberi manfaat kepada beribu-ribu pesakit dengan menawarkan mereka akses kepada rawatan dengan bayaran minimum. Tambahan, kesemua hospital ini merupakan non-profit basis, operasinya adalah demi kemanusiaan.
 

 

 

 

 

 

 

 

 
Terima kasih kepada pasar raya Ecosanve dan rakyat Malaysia yang telah menyumbang dalam projek Medical4Gaza. Sumbangan boleh dilakukan di donate.mycare.org.my
 
“Nurturing Humanity, Making a Difference.”

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali