Melawat ke kem pelarian

Team MyCARE dan IKRAM berkesempatan melawat salah satu kem pelarian Afghanistan (IDP) yang terletak di jalan Qargha, iaitu sekitar 12 km dari pusat bandar Kabul.

 

Penempatan di sini dikhabarkan ada yang telah berteduh selama 18 tahun dan ada dalam kalangan pelarian yang datang kurang dari 2 tahun.
 

 

 

 

Sejumlah 1,200 keluarga dengan purata ahli keluarga 6 orang tinggal di kediaman yang diperbuat dari tanah liat dan berbumbung batang-batang kayu dan rumput / tumbuh-tumbuhan. Salah satu rumah yang sempat diziarahi tidak mempunyai sebarang perabot dan hanya berlantai tanah. Tiada langsung kemudahan elektrik, paip air mahupun sistem pembentungan.

 

Keadaan persekitaran becak dan tiada jalan berturap, manakala terdapat hanya beberapa sumber air perigi yang dipam menggunakan tangan bagi diangkut untuk keperluan kediaman.
 

 

 

 

 
 

Dianggarkan sekitar 4,800 kanak-kanak memerlukan pendidikan, namun sebuah sekolah yang ada di dalam kem hanya dapat menampung 60 orang pelajar sahaja.

 

Umumnya pelarian dewasa tiada pekerjaan atau mereka ke bandar Kabul dan sekeliling kem untuk mendapatkan apa jua sumber pendapatan yang sangat terhad. Manakala bantuan dari badan-badan antarabangsa seperti UNHCR tidak konsisten.

 

Meneliti keseluruhan keadaan kem pelarian ini sangat mendukacitakan dan dapat dibayangkan bagaimana kualiti kehidupan dan kesihatan penduduk khususnya wanita dan kanak-kanak.

 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

MyCARE buat pertama kali membuat kunjungan ke penempatan tersebut dan akan membincangkan inisiatif kemungkinan projek dengan kerjasama NGO tempatan.

 

Laporan dari Misi Kemanusian MyCARE ke Afghanistan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali