Melepasi Sempadan Syria

Hari ini team Misi Kemanusiaan Syria MyCARE & Econsave akan memasuki sempadan Syria dari bandar Gaziantep.

 

Mohon doa dari semua semoga misi ini akan dipermudahkan Allah, selamat dan mencapai objektif yang dirancang.

 

Misi membawa bantuan untuk pembinaan sebuah sekolah bernilai RM 1 Juta bagi menampung keperluan anak-anak pelarian Syria.

 

 

 


 

 

 
Selain itu misi akan menyampaikan bantuan makanan panas, pek makanan keluarga, pakaian kanak-kanak, peralatan pembelajaran, kerusi roda untuk mereka yang cacat anggota, pembinaan perigi air bersih, program aqiqah dan lain-lain bantuan di kem-kem pelarian.

 

Alhamdulillah, para peserta Misi Kemanusiaan Syria baru sahaja melepasi sempadan Syria bagi memulakan pengembaraan menyampaikan sumbangan dan bantuan di sana. Teruskan doa kalian agar misi ini berjalan lancar, insya Allah.

 

Teruskan mengikuti perkembangan misi yang membawa amanah dari anda semua.

 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember