Pada 29 Julai 2018, pada jam 5.47 petang waktu Indonesia Barat (4.47 petang waktu Malaysia), telah berlaku gempa bumi di Lombok, Indonesia berukuran 6.4 skala Richter disusuli gempa sekuat 7.0 selepas itu.
Dilaporkan juga sebanyak 447 gempa susulan direkodkan selepas tragedi hari pertama yang juga menyebabkan ratusan orang terkorban, ribuan cedera dan ratusan ribu hilang tempat tinggal.
Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menghantar 2 orang wakil melalui Pos Keadilan Peduli Umat (PKPU) untuk pengumpulan maklumat pasca bencana agar penyaluran seterusnya lebih efektif.
Antara daerah yang cukup terkesan dengan bencana gempa adalah di kawasan Lombok Utara dimana majoriti penduduknya adalah petani dan peladang.
Ratusan nyawa terkorban dan 90 peratus bangunan musnah. Penduduk tempatan telah ditempatkan di khemah-khemah sementara.
Kedatangan kami disambut dengan riang tawa anak-anak Lombok kerana mereka masih tidak mengerti apa yang berlaku manakala yang dewasa pula bersungguh-sungguh berkongsi pengalaman bersama kami.
PKPU antara NGO terawal memberikan respon susulan gempa bumi di Lombok mengambil inisiatif membina Rumah Senyum sebagai tempat perlindungan sementara.
Rumah Senyum ini lebih teguh dan selamat serta mampu bertahan lebih daripada satu tahun seperti yang mereka bina untuk mangsa gempa di Padang tahun 2009 sementara menunggu rumah mereka siap dibina semula.
Anggaran pembinaan sebuah Rumah Senyum adalah sebanyak RM1,000 dan masih memerlukan lebih daripada 25,000 buah lagi.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Teruskan berkongsi rezeki bersama sahabat-sahabat kita yang berada di Lombok.
MyCARE mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada para penyumbang Tabung Kecemasan Gempa Lombok dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong usaha kami.
Bantuan boleh disalurkan ke: http://www.billplz.com/gempalombok
Bantuan anda pastinya meringankan beban mereka yang telah kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal.
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat