PULAU PINANG, 10 November 2017 – Misi Bantuan Banjir diteruskan pada hari keempat. Para petugas kami bekerjasama dengan Khidmat Masyarakat IKRAM: i-Bantu SPU memantau beberapa lokasi untuk melihat keadaan terkini dan bentuk bantuan yang akan disalurkan.
Kami telah ke Kg Air Itam Luar, Kg Air Itam Dalam dan Kg Kolam yang merupakan antara tempat yang paling terjejas akibat banjir selepas Lahar Yooi.
Kami juga menziarahi 2 rumah warga emas dan kelainan upaya yang memerlukan bantuan segera bagi membersihkan rumah mereka serta bantuan susulan.
Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada mereka agar tabah menghadapi ujian ini. Ayuh sama-sama membantu mereka.
Terima kasih kepada semua penyumbang budiman yang menyumbang untuk Tabung Banjir Utara.
Sumbangan masih dibuka!
Anda boleh menyumbang secara ONLINE di sini: www.billplz.com/banjirutara
MyCARE bertemu Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia
MyCARE berpeluang meluaskan jaringan kerjasama kemanusiaan melalui pertemuan rasmi bersama Tuan Muhammad Anis Matta, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia bertempat di Gedung Konstitusi, Jakarta.