Meraikan para penaja anak yatim di Langkawi

LANGKAWI, 30 Mac 2018 – MyCARE mengakhiri Kempen “Bulan Anak Yatim” pada bulan Mac ini dengan meraikan para penaja anak yatim di Pulau Langkawi, Kedah bagi Zon Utara. Majlis yang sama telah diadakan di Terengganu pada minggu lepas.
Majlis tersebut dipengerusikan oleh Encik Syahfiz dan beliau menyatakan penghargaan dan berbesar hati dengan kehadiran para kakitangan MyCARE pusat yang diketuai oleh Puan Roha Hassan, Pengerusi-Pengerusi MyCARE di Zon Utara, para penaja yang hadir serta tetamu-tetamu cilik dari Little Caliph Langkawi dan Madrasah Baitul Rahmah.


Memetik kata-kata dari Pengerusi MyCARE Zon Utara, Tuan Hj Abdul Wahab Yahya, “Antara kata-kata Saidina Ali r.a, antara amalan paling sukar diamalkan adalah memberi kemaafan ketika marah,memberi infaq semasa sukar, tidak meneruskan perkara maksiat semasa sendirian dan menyatakan kebenaran pada orang yang ditakuti”
Beliau menambah, “Menaja anak-anak yatim dari Palestin, Syria, Filipina, Iraq, dan Rohingya yang memerlukan sumbangan ini diharapkan adalah suatu usaha infaq yang full time, bukannya part time. Kita perlu elakkan diri kita daripada bersendirian supaya masa yang kita ada digunakan dengan baik, dan duit yang kita ada bukannya dibazirkan kepada perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu, diharapkan majlis dan kempen ini tidak berakhir di sini”
Majlis ini turut melancarkan kempen “1 Pelajar 1 Tabung”, sebuah usaha kerjasama bersama-sama Little Caliph Langkawi yang diketuai oleh Teacher Muna. Para hadirin juga turut menikmati persembahan istimewa dan santai oleh orang anak-anak Little Caliph yang sangat mencuit hati.


Lagi gambar-gambar di album MyCARE
“Program ini adalah untuk anak-anak yang berumur 4 hingga 6 tahun, kita cuba dedahkan semasa dari kecil lagi dengan perkara baik yang akan mendapat pahala. Seiring dengan ajaran di LC sendiri, iaitu tangan kita ini dijadikan oleh Allah untuk bersedakah,” menurut Teacher Muna.
Salah seorang daripada penyumbang setiap tahun, Puan Roshadak Ishak, dari Sg Petani, Kedah menyahut seruan tajaan ini sebagai salah satu ibadah yang diwahyukan didalam surah al-Baqarah ayat 220, “Membaikkan keadaan anak yatim adalah amat baik amalannya”. Beliau berasa sangat terpanggil untuk memberi sedikit daripada rezeki yang Allah kurniakan kepada anak-anak di negara yang bergolak.
Sejak 2010, MyCARE sedang menguruskan 2,434 orang anak yatim di negara Palestin, Syria, Filipina dan. Pada tahun ini, seramai 273 orang anak yatim yang masih memerlukan penajaan. Kepada yang berminat, hubungi 03-8941 2341 (Pn. Raimi atau Pn. Norlela)

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini

Melakar Strategi Rose2Rose 2025

Tahun 2024 telah menjadi saksi kepada pelbagai pencapaian bermakna dalam usaha R2R, khususnya dalam membantu wanita dan kanak-kanak di negara yang bergolak dan sedang mengharungi