Mereka teruja ke sekolah!

Dari saat aktiviti berlangsung hingga langkah pertama mereka menerima kelengkapan sekolah, tawa ceria setiap momen ini membawa harapan baru untuk masa depan yang lebih cerah.

 

Alhamdulillah, program Back2School telah berjaya dilaksanakan di Kampung Lubuk Legong, Baling, Kedah. Seramai 50 orang kanak-kanak Orang Asli telah mengambil bahagian, termasuk 34 penerima barangan agihan B2S, serta 11 buah keluarga menerima bantuan pek makanan, dan juga melibatkan 300 komuniti Orang Asli.

 

Antara aktiviti program adalah aktiviti psikososial, agihan barangan B2S dan pek makanan, serta jungle trekking bersama komuniti Orang Asli.

 


 

 

 

Tidak lupa juga kepada masyarakat Orang Asli yang turut serta bersama para sukarelawan kita dalam pengembaraan yang menyeronokkan!

 

Ia akan kekal dalam memori kami.

 

Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang, menyokong, dan menjayakan program ini. Anda telah menjadi sebahagian daripada perubahan!

 

Mari teruskan usaha ini. Pendidikan adalah hak semua anak bangsa.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk