Mesyuarat Agung SEAHUM kali ke 3

MyCARE telah menghadiri Annual General Meeting Southeast Asia Humanitarian (SEAHUM) Committee yang ke-3 yang berlangsung pada 21-23 Februari 2019 di Yogyakarta. Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor merangkap Naib Presiden SEAHUM menegaskan bahawa pencegahan krisis kemanusiaan amat penting demi mewujudkan keamanan dunia. Kerjasama antara NGO-NGO Asia Tenggara amat penting bagi membantu krisis kemanusiaan dan kemiskinan.
SEAHUM sepakat membawa isu kemanusiaan Rohingya sebagai agenda utama pertemuan tahun ini dengan kapasiti posisi Indonesia sebagai wakil tidak tetap Dewan Keamanan PBB pada tahun 2019 menurut Imam Rulyawan, Presiden SEAHUM. Sebanyak 30 delegasi dari negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Thailand, Brunei, Vietnam, Laos, Myanmar, dan Kemboja serta 20 delegasi dari negara luar telah hadir ke AGM ini.


MyCARE juga diwakili Dr. Fauziah Hasan (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE), Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar (CEO MyCARE) dan En. Abdul Hafidz Hashim (Pengurus Kanan Nusantara & Special Project MyCARE).
MyCARE adalah ahli komiti SEAHUM sejak tahun 2015.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Anak Yatim Syria Perlukan Bantuan

Foto-foto yang kami sediakan ini adalah wajah anak-anak yatim Syria yang diraikan dalam Program Iftar Perdana MyCARE, Ramadan baru-baru ini. Ada di antara mereka ditaja

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada