Misi banjir MyCARE Kedah di Pahang

1 Jan 2022: Persiapan Misi Kecemasan Banjir MyCARE Kedah dengan kerjasama Ma’ahad Tahfiz Ehsan Al-Khairi Care (MTEAK Care) bermula 7 pagi. Penyediaan makanan iaitu kopi, teh tarik ,air bandung dan nasi goreng dimasukan ke dalam 3 tong plastik besar. 50 set toto,2 buah generator, minyak petrol, peralatan mencuci, air mineral, roti dan lain-lain juga dibawa untuk aktiviti mencuci dan membersihkan rumah-rumah yang dilanda banjir.
 

Konvoi dengan 2 buah kenderaan FWD dan 2 buah Van mula bergerak jam 8:30 pagi ke Cenor, Pahang sejauh 160 km dari Kuala Lumpur. Kami bergerak melalui lebuhraya Karak-Bentong. Ada jalan lain untuk ke sana jika kemungkinan laluan ini ditutup disebabkan air naik iaitu laluan Mempaga-Bentong.

 

 

 

 

Cuaca mendung dan hujan turun silih berganti sepanjang perjalanan ke sana. Beberapa buah kampung di Cenor terletak berhampiran dengan Sungai Pahang, iaitu sungai terbesar di Semenanjung Malaysia yang bergantung dengan sungai tersebut sebagai sumber kehidupan . Namun sungai ini juga boleh membawa musibah jika kawasan alam sekitarnya tidak dipelihara dan dijaga dengan baik.

 

Tiba di Cenor pada jam 11:30 pagi, di mana terdapat sebuah masjid, iaitu Masjid Cenor yang telah berusia lebih 130 tahun di Kampung Pantai turut ditenggelami banjir. Kami melalui kampung Awah, Kampung Macang Gelap, Kampung Sawah dan Kampung Belawan yang sangat hampir dengan Sungai Pahang.

 

Misi tinjauan dan pembersihan dilaksanakan di Kampung Sawah. Kejadian banjir berlaku dan melimpahkan airnya di kawasan tersebut 2 kali setahun, pada awal tahun dan akhir tahun iaitu pada bulan Januari dan Disember. Menurut laporan banjir yang berlaku pada bulan Januari 2021 adalah lebih dahsyat lagi.

 

 

 

 

 

Apakah punca banjir? Seorang penduduk memberitahu kejadian adalah berpunca daripada aktiviti pembalakan dan pengambilan pasir sungai yang berleluasa tanpa henti.

 

MyCARE dan MTEAK Care turut membersihkan sebuah rumah ibu tunggal, bergotong-royong memindahkan sebuah sampan panjang yang berusia 70 tahun di Kampung Sawah. MyCARE KEDAH turut mengunjungi 22 buah rumah di 3 buah kampung dengan menghulurkan sedikit sumbangan tunai kepada ketua-ketua keluarga di sana dalam keadaan yang sedang hujan. Beberapa NGO yg lain turut berada di kawasan tersebut.

 

MTEAK Care menghulurkan set-set toto beserta sumbangan lain kepada penduduk di kawasan yang dilanda banjir. Rumah-rumah mereka dinaiki air separas bumbung . Bagaimana pun ada sebahagiannya sudah membuat persediaan awal dengan membina rumah-rumah rakit yang diikat dengan tali.

 

 


 

 


 

 

Misi berakhir sekitar jam 5 petang. Kami sempat mengunjungi sebuah rumah untuk solat jama’ dan qasar pada hari tersebut.

 

Rombongan bertolak balik ke Taman Maluri, Kuala Lumpur sekitar jam 6 petang melalui laluan Mempaga-Bentong apabila mendapati lebuh raya Karak berkemungkinan dinaiki air dan laluan yang sesak. Kami sampai di Taman Maluri, Kuala Lumpur pada jam 9:30 malam, alhamdulillah.

 

Pada 2hb Januari 2022, Team MyCARE Kedah bertolak balik ke Kedah dengan mengiringi MTEAK Care yg masih ada misi bantuan di Pulau Indah, Selangor. Dalam perjalanan balik ke Sungai Petani, Kedah, kami sempat mengunjungi Taman Sri Muda, Seksyen 25 , Shah Alam yang telah dilanda banjir dengan teruk sekali.

 

Kesimpulannya banjir yang berlaku di Selangor dan Pahang telah mendapat perhatian banyak NGO yang turun padang menghulurkan tenaga dan menyalurkan bantuan kemanusiaan serta menziarahi mereka yang ditimpa bencana. Ini adalah amat dianjurkan oleh agama.

 

Semoga segala usaha murni yang berterusan mendapat keredhaan Allah S.W.T. Adalah diharapkan bencana ini memberi keinsafan kepada para pemimipin yang menerajui negara untuk bermuhasabah ke arah urus tadbir yang telus dan lebih baik.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[WinterRelief] MyCARE x SPANCH

Dengan ketibaan musim sejuk, ribuan kanak-kanak terpaksa berdepan dengan kesejukan melampau tanpa pakaian dan tempat tidur yang lengkap.   Ramai daripada mereka ini dari keluarga

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program