Kem Pelarian Rohingya yang terletak di Cox’s Bazaar, Bangladesh merupakan sebuah kem pelarian yang terbesar di dunia. Kem Pelarian Rohingya ini menempatkan kira-kira 1,100,000 penghuni semenjak ianya dibuka pada tahun 2017. Kem ini terbahagi kepada 7 kem-kem kecil. Kem Pelarian Kutupalong merupakan kem terbesar berbanding yang lain.
Penempatan di kem ini dibina dari bahan asas seperti kayu, buluh dan kanvas sahaja. Susunan rumah pula dibina cukup rapat antara satu sama lain tanpa. Secara purata, satu rumah memuatkan kira kira 5-6 ahli keluarga.
Alhamdulillah pada tanggal 29 November, Rose2Rose dengan kerjasama MyCARE, UniSZA dan HUMANE dengan kekuatan 5 orang ahli misi telah berlepas ke Bangladesh bagi menjayakan Misi Kemanusiaan kali ke-5 ini. Penglibatan ahli misi kali ini terdiri daripada pensyarah, guru dan pelajar merupakan kerjasama yang julung kalinya dilaksanakan dalam misi ke Cox’s Bazaar ini.
Rose2Rose bekerjasama dengan NGO tempatan di Bangladesh iaitu Allama Fazlullah Foundation (AFF), telah sama sama menjayakan misi kemanusiaan pada kali ini. Misi pada kali ini merangkumi beberapa projek-projek bantuan kemanusiaan yang telah dirangka kepada Pelarian Rohingya, khusunya wanita dan kanak-kanak.
Antara projek-projek yang telah berjaya dilaksanakan adalah penyerahan 20 buah mesin jahit kepada 20 wanita pelarian Rohingya di Kem Kutupalong. Pelarian wanita merupakan penyumbang kepada 50% populasi pelarian Rohingya di kem ini. Oleh itu, keutamaan projek ini adalah untuk memperkasakan wanita dalam bidang yang memberi ilmu, latihan dan pengalaman berharga buat mereka dan keluarga.
Projek yang turut dilaksanakan adalah penyerahan pakaian seragam sekolah kanak-kanak yang berjumlah 100 pasang. Pakain seragam sekolah ini adalah hasil pertama jahitan penerima mesin jahit Rose2Rose dalam misi sebelum ini.
Ia merupakan satu kejayaan apabila melihat kanak-kanak gembira mendapat pakaian seragam sekolah baru. Tambahan pula, ia sangat bermakna buat wanita-wanita Rohingya, hal ini kerana mereka bermula tanpa pengetahuan menjahit sehingga mampu menghasilkan pakaian seragam kanak-kanak dalam masa hanya 4 bulan!
Bantuan kemanusiaan rakyat Malaysia melalui MyCARE turut menyumbang kepada projek telaga air bersih. Projek telaga air ini mampu menampung 100L air pada satu masa dan ia adalah satu keperluan buat pelarian di kawasan terlibat. Telaga air ini memberi kemudahan kepada surau, sekolah dan penduduk berdekatan.
Antara projek lain yang telah berjaya dilaksanakan adalah penyerahan pek makanan berkhasiat kepada lebih 1,500 penerima pelarian di dua buah kem iaitu Kutupalong dan Balukhali. Makanan yang disediakan terdiri daripada nasi putih dan daging lembu segar yang dimasak oleh penduduk kampung.
Sepanjang misi dijalankan, ahli misi yang terdiri daripada 5 orang turut diberikan peluang untuk menjalankan aktiviti bersama pelajar sekolah di Kem pelarian Kutupalong. Pelajar-pelajar tersebut diberikan sebuah buku mewarna dan sekotak pensil warna hasil sumbangan kenalan-kenalan ahli misi dari Malaysia. Sesi ini melibatkan hampir 180 orang pelajar.
Lagi gambar-gambar di album Rose2Rose
Ketua misi, Dr Noorhasyimah Ismail berkata, “Senyuman di wajah kanak-kanak ini, adalah lambang kegembiraan dunia. Tangisan mereka merupakan kesengsaraan dunia. Pusat komuniti wanita Rose2Rose telah membuka peluang kepada bukan sahaja wanita untuk menjalankan aktiviti namun, kanak-kanak pelarian Rohingya turut mendapat manfaat daripadanya”.
Kerjasama Rose2Rose dan HUMANE turut menyumbang kepada projek sumbangan kit kebersihan wanita kepada 20 penerima. Kit ini diberikan bagi tujuan pendidikan asas kepentingan kebersihan dikalangan wanita pelarian Rohingya. Asas kebersihan ini membuka ruang informasi berkait kebersihan wanita dan penjagaannya.
Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyalurkan sumbangan kepada mereka melalui Rose2Rose dan MyCARE.
Semoga Allah merahmati dan melipat gandakan rezeki para penyumbang.
“Nurturing Humanity, Making A Difference.”
MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H
Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali