Misi Pelayaran ‘For the Children of Gaza’

Selain daripada misi Break the Siege, tahun ini Freedom Flotilla Coalition (FFC) turut melancarkan satu lagi misi pelayaran yang diberi nama, For the Children of Gaza yang akan berlayar menaiki kapal Handala (atau Hanzalah).

Misi ini bertujuan untuk mengangkat isu kesengsaraan kanak-kanak di Gaza yang ditindas tanpa perikemanusiaan oleh rejim Zionis Israel.

50% daripada 2.3 juta populasi di Gaza terdiri daripada kanak-kanak. Sekatan rejim Zionis yang berdekad lamanya telah meragut hak asasi mereka daripada segi keselamatan, pendidikan dan juga kesihatan.

Sejak Oktober 2023, operasi ketenteraan rejim Zionis telah memadam masa depan sebahagian besar kanak-kanak ini melalui serangan yang tidak henti-henti ke atas penempatan awam, penempatan sementara dan sekolah. Lebih 15,000 orang kanak-kanak Gaza telah terkorban setakat 3 Jun 2024 manakala baki yang lain tidak dapat hadir ke sekolah sejak perang bermula.

Pada tahun 2023, Handala telah singgah di 10 buah pelabuhan di utara Eropah untuk mencabar sekatan ke atas media selain menggesa agar kerajaan-kerajaan di Eropah untuk menghentikan sebarang subahat dengan jenayah perang dan pelanggaran hak asasi manusia oleh rejim Zionis.

Tahun ini Handala akan belayar sekali lagi untuk membawa sejuta harapan buat kanak-kanak di Gaza. Bezanya, kali ini Handala akan belayar menuju ke Gaza!

Handala telah pun berlepas dari Oslo, Norway pada awal bulan Mei. Handala dijadual akan berhenti di lebih 20 pelabuhan di Eropah dalam perjalanannya ke Gaza. Jika tiada aral, Handala akan tiba di Gaza pada pertengahan Ogos.

Jika misi Break The Siege berjaya dilancar semula, tidak mustahil konvoi kapal ini akan bergabung dengan Handala menuju ke Gaza. Doakan semoga misi ini dipermudah.

Sumber: Laman Rasmi FFC

2 comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali