[MisiKemanusiaanFilipina] Eid Mubarak & Selamat Berkorban

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” [Riwayat al-Tirmizi (1493)]

 

Dari Masjid Al Ihsaan, Bulacan, Filipina, Tim Misi Kemanusiaan Filipina mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya para penaja dan penyumbang yang budiman.

 

Insya Allah pagi ini MyCARE akan melaksanakan aktiviti qurban 2 ekor lembu tajaan Yayasan Buruj.

 


 

 

 

Hari ini kami akan bersama dengan komuniti umat islam setempat melaksanakan:

 

1. Solat Raya di Masjid Al Ikhsan
2. Korban 2 ekor lembu sumbangan Yayasan Buruj
3. Gotong Royong memasak dan jamuan melibatkan sekitar 500 orang
4. Agihan daging kepada 120 keluarga anak yatim dan asnaf
5. Persembahan oleh anak-anak yatim madrasah tajaan MyCARE

 

Semoga Allah terima amal kita semua.

 

Untuk menyumbang kepada Tabung Pendikan dan Pembangunan Madrasah, para dermawan boleh klik link berikut;

 

Taqabballahu minna wa minkum.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali