Misi diteruskan dengan penyaluran bantuan ke tiga buah kem pelarian di utara Lubnan.
Dua kem pertama terletak di Akkar – Kem al-Qadr dan Kem al-Jame’, yang menempatkan pelarian dari Syria. Mereka masih berlindung di dalam khemah-khemah tarpaulin di sini.
Pelarian Syria di sini menyara hidup dengan menjadi buruh pertanian. Wilayah utara Lubnan memang terkenal sebagai kawasan pertanian. Ia pernah menjadi pengeksport produk pertanian terbesar ke negara-negara Arab. Tapi kini tidak lagi.
Krisis ekonomi yang sedang menimpa Lubnan telah menyebabkan pendapatan pelarian Syria di sini juga terganggu. Sebahagian besar kini menerima upah serendah USD1 sahaja sehari.
Kami mengagihkan pek makanan dan bekalan minyak petrol (untuk alat pemanas) kepada 150 keluarga di sini. Semoga dapat meringankan sedikit beban yang terpaksa mereka tanggung.
Kem yang ketiga adalah kem pelarian Palestin – Kem Baddawi, yang terletak di Tripoli. 220 keluarga menerima pek makanan dan alat pemanas di sini untuk membantu mereka mengharungi musim sejuk.
Teruskan menyumbang ke Tabung Bantuan Musim Sejuk (Winter Relief) MyCARE. Selain Lubnan, bantuan juga akan disalurkan ke Palestin, Syria, Yaman dan Afghanistan.
Untuk menyumbang ke Tabung Bantuan Musim Sejuk (Winter Relief) MyCARE, KLIK:
Atau salurkan ke akaun bank:
Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB : 8602 13 5592
Rujukan: Winter
Hantar bukti pembayaran jika melalui bank online ke:
Whatsapp – http://wasap.my/60389412341 atau
Mohon sebar-sebarkan agar lebih ramai yang dapat kita bantu. Bantuan akan disalurkan ke Palestin, Syria, Lubnan, LYaman dan Afghanistan