MRT 2.0: Negeri Johor

Lepas ke Melaka dengan Nogori, kite pergi ke Johor pulak. Bangsa Johor buat ape hari minggu ni?

 

Jomlah kite gegarkan program MyCARE Road Tour (MRT) 2.0 dengan tema hebat Eyes On Palestine. Kami ada di Johor dari 7-10 Ogos 2024, Rabu hingga Sabtu. Pelbagai aktiviti yang menarik menanti engkorang.

 

Hari Jumaat, 9 Ogos 2024, pihak MyCARE menganjurkan Hi-Tea Education For All bertempat di Hotel Impiana, Senai. Kami bawakan tetamu khas Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Bin Mustapha, Pengerusi MyCARE.

 

 

Hari Sabtu, 10 Ogos 2024, kami adakan pulak Training of Volunteer (ToV) di Skudai. Engkorang yang dah lama pasang niat nak jadi sukarelawan tu, bolehlah daftar sekarang! Banyak kelebihan jadi sukarelawan MyCARE.

 

Jom meriahkan program MRT 2.0: Eyes On Palestine!

 

Boleh dapatkan info lanjut pasal MRT dengan ikuti perkembangan kami di https://t.me/MyCARE dan https://fb.me/mycarehq

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

Pek makanan untuk komuniti Rohingya Johor

Menyantuni komuniti Rohingya di sekitar Kampung Teluk Serdang yang diuji dengan musibah banjir serta bingkisan menjelang Syawal untuk memberikan sedikit kegembiraan dan senyuman menjelang syawal