MRT 2.0: Negeri Pulau Pinang

Kami dah pi Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Terengganu, minggu ni kami nak pi Penang pulak.

 

Apa khabaq orang Penang? Hangpa tak join MyCARE Road Tour 2.0 ka? Mai la pakat-pakat turun, meriahkan program-program yang menarik ni.

 

Tahun ni, kami bawakan tema Eyes on Palestine untuk hangpa semua.

 

Team MyCARE ada di Penang dari 22 Ogos hingga 24 Ogos 2024, Khamis sampai Sabtu. Kami bawa CEO MyCARE, Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar yang merupakan salah seorang steering committee Freedom Flotilla Break The Siege.

 

 

Hari minggu ni, 24 Ogos 2024 dari 8 pagi hingga 12 tengah hari ada program Eyes on Palestine di RNR Bagan Ajam, Butterworth. Banyak aktiviti menarik kami sediakan termasuklah aktiviti melontar kapal terbang, pameran AI dan Galeri MyCARE. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan sebagainya. Mai la meriahkan program ni, tunjuk solidariti kita untuk Palestin!

 

Boleh dapatkan info lanjut pasai MRT 2.0! dengan ikuti perkembangan kami di https://t.me/MyCARE dan https://fb.me/mycarehq

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

Sumbangan untuk mangsa banjir Johor

Sejumlah 44 buah set toto telah diserahkan kepada Pengetua Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau, Johor Bahru untuk diagihkan kepada murid-murid dari SK Kangkar Tebrau yang terkesan