MyCARE berkongsi rezeki dengan rakan-rakan Orang Asli

Seperti tahun-tahun sebelum ini, sumbangan untuk masyarakat Orang Asli diteruskan dalam agihan program MyRamadan. Seramai 71 keluarga Orang Asli dari Bukit Bandaraya menerima sumbangan daripada MyCARE. Sumbangan yang terdiri daripada beras, gula, garam, minyak, susu, teh, kopi, bawang, kentang, biskut, ketupat segera telah disampaikan oleh Pengurus Besar Operasi MyCARE, Pn Roha Hassan kepada para penerima.


Seperti tahun-tahun sebelum ini, agihan pek makanan Ramadan oleh pihak MyCARE akan melibatkan penerima dari dalam dan luar negara. Sasaran agihan untuk penerima dalam negara adalah RM70,000.00 Untuk tujuan agihan dan perkongsiaan rezeki Ramadhan, kami menyeru para dermawan untuk menyumbang menerusi 3 pakej tajaan seperti berikut:

  • Pek makanan (RM 500 / unit)
  • Iftar / Sahur (RM 100 / unit)
  • Penajaan Hadiah Raya (RM 50 / unit)

Penajaan Makanan (sahur, iftar dan pek makanan) dan hadiah Raya akan diagihkan kepada lebih 100,000 penerima manfaat di tempat-tempat berikut:
Gaza
Masjid Al-Aqsa (Baitul Makdis)
Tebing Barat
Syria
Lubnan
Yaman
Cox’s Bazar
Malaysia
Selama 8 tahun penubuhan MyCARE, kami telah menyalurkan lebih RM 100 Juta kepada saudara-saudara kita yang memerlukan di seluruh dunia.


Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Ayuh kita pulun bersedekah demi membantu saudara-saudara kita melalui 2 langkah berikut:
 

1. Salurkan sumbangan anda atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’

Secara ONLINE > www.billplz.com/myramadan
Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY Biller Code: 6197

2. Maklumkan melalui email

ke myramadan@mycare.org.my bersama salinan slip atau Whatsapp/Telegram ke 018-9089282 dan nyatakan kemasukan untuk ‘Makanan’ atau ‘Iftar/Sahur’ atau ‘Hadiah Raya’
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE:
+603-8941 2341 atau 018-9089282 (En Sazlie).
Tempoh Projek: 14 Mei 2018- 25 Jun 2018
“Rasulullah S.A.W adalah seorang yang paling dermawan, dan beliau menjadi lebih dermawan lagi pada bulan Ramadan.”
– HR Bukhari dan Muslim

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali