MyCARE bersama NGO Oman santuni pelarian Rohingya

KULAI, 11 Ogos 2017 – Alhamdulillah telah berjaya dijalankan satu program menyantuni pelarian-pelarian Rohingya di Negeri Johor. Program ini adalah bersempena lawatan Omani Society for Humanitarian Work (OS4HW) ke Malaysia. Program ringkas telah diadakan di madrasah komuniti Rohingya di Kulai Besar dengan dihadiri oleh ketua-ketua komuniti Rohingya di seluruh Johor.
NGO Oman tersebut adalah di dalam rangka lawatan ke Malaysia untuk mengetahui keadaan pelarian Rohingya dan berbincang dengan MyCARE bagaimana mereka boleh membantu masyarakat Rohingya sama ada yang berada di Malaysia mahupun di Arakan. NGO Oman tersebut telah memulai penyaluran bantuan pek makanan dan projek perigi di Arakan pada bulan Ramadhan yang lalu.






Lagi gambar-gambar di album MyCARE Johor
Komuniti pelarian Rohingya kini berjumlah sekitar 6,500 orang di mana mereka berkumpul di dua puluh penempatan dengan dan di setiap penempatan melantik seorang ketua komuniti masing-masing. Bagi urusan pendidikan masyarakat mereka, 90% komuniti Rohingya itu telah mewujudkan madrasah/sekolah untuk anak-anak mereka berkumpul dan mendapat pendidikan asas ugama, membaca, mengira dan menulis.
Bersempena lawatan NGO OS4HW, MyCARE Johor telah membantu menyalurkan sumbangan asas keperluan pembelajaran dan pendidikan anak-anak pelarian Rohingya yang diserahkan oleh Dr. Rashid (wakil OS4HW) kepada ketua-ketua komuniti Rohingya.
Dalam ucapan ringkas Pengerusi MyCARE Johor di majlis tersebut, MyCARE akan berusaha membantu masyarakat pelarian Rohingya di Malaysia di atas dasar kemanusiaan. Banyak kekangan dihadapi masyarakat Rohingya kerana status pelarian dan pemegang kad UNHCR yang tidak membolehkan mereka diambil bekerja dan anak-anak untuk bersekolah di sekolah kerajaan. Walaupun kedatangan mereka yang tidak diundang di Malaysia itu menimbulkan banyak isu, namun kehadirannya mahu tidak mahu akan memberi kesan buruk pada jangka masa panjang jika aspek-aspek pendidikan anak-anak mereka tidak ditangani dari sekarang. Kerajaan Malaysia tentunya mengharapkan masalah pendatang Rohingya perlu ditangani di peringkat global dan perlu dihantar ke negara ketiga, namun proses yang sedang berjalan amat lambat dan ini menyebabkan pertambahan bilangan penduduk Rohingya dijangka meningkat di Malaysia.
Turut hadir di majlis ringkas ialah aktivis MyCARE Johor, pelarian Rohingya dari semua golongan wanita, kanak-kanak dan dewasa dan wakil-wakil media.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini

Melakar Strategi Rose2Rose 2025

Tahun 2024 telah menjadi saksi kepada pelbagai pencapaian bermakna dalam usaha R2R, khususnya dalam membantu wanita dan kanak-kanak di negara yang bergolak dan sedang mengharungi