MyCARE bertemu Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia

MyCARE berpeluang meluaskan jaringan kerjasama kemanusiaan melalui pertemuan rasmi bersama Tuan Muhammad Anis Matta, Timbalan Menteri Luar Negeri Republik Indonesia bertempat di Gedung Konstitusi, Jakarta.

 

Kunjungan ini disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Tuan Kamarul Zaman Anwar, yang juga merupakan Presiden SEAHUM.

 

Pertemuan ini menzahirkan penghargaan kepada Indonesia atas usaha mereka memimpin dialog diplomasi, khususnya dalam krisis kemanusiaan di Palestin.

 

Pada masa yang sama, pelan bantuan kemanusiaan terutama dalam tempoh gencatan senjata ini telah dibincangkan dengan mendalam bagi memastikan keberkesanan serta impak strategik.

 


 

 

 

Tuan Muhammad Anis Matta menekankan kepentingan memastikan bantuan yang disalurkan untuk Palestin adalah “strategik dan berimpak besar” demi memastikan keberkesanannya dalam jangka masa panjang.

 

MyCARE terus komited memperkukuhkan sinergi bersama kerajaan, NGO, dan entiti serantau demi menghulurkan bantuan yang lebih tersusun dan menyeluruh.

 

Dengan semangat kesatuan Asia Tenggara, kami yakin kerjasama ini mampu memberikan harapan baru kepada rakyat Palestin.

 

Ayuh, sertai kami dalam usaha ini. Bersama, kita bina masa depan yang lebih baik untuk Palestin!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk

[MyRamadan] Tebing Barat, Palestin

Ramadan di Tebing Barat terus menjadi cabaran buat keluarga yang hidup dalam kesempitan.   Harga barang keperluan semakin tinggi, peluang pekerjaan semakin berkurang, dan ramai