MyCARE bukan sekadar membantu rakyat Gaza ketika kecemasan

Semenjak misi pertama Oktober Aqsa Syarif @ MyCARE ke Gaza, salah satu projek fokus MyCARE adalah untuk membangunkan sosio-ekonomi penduduk Gaza yang diekpung dan ‘dipenjara’ semenjak tahun 2007.

Melalui kerjasama dengan Pertubuhan Emaar Association for Releive & Development, Khanyounis, Selatan Gaza, suatu skim Pembiayaan Islam Qardul Hassan (mikro kredit) telah dapat dijalankan hasil dana sumbangan rakyat Malaysia.

Ia adalah projek yang falsafahnya untuk “memberikan joran, dan bukan ikan”. Pembiayaan tanpa faedah / bebas riba’ telah memberikan keberkatan dan kini sekitar 150-200 individu telah mendapat pembiayaan dan membayar balik dan hasilnya ramai yang beroleh pekerjaan dan boleh berniaga membantun ekonomi setempat dan memudahkan masyarakat mendapatkan barangan.

Foto dikongsikan adalah di antara peniaga di Gaza yang berjaya di dalam perniagaan peruncitan, hardware, kedai gunting, kedai teelfon bimbit, kedai pakaian dan pelbagai lagi melalui projek yang dianggap paling berjaya, ikonik dan berjaya di Gaza.

Alhamdulillah dan terima kasih rakyat Malaysia. Teruskan menghulurkan sumbangan kepada MyCARE.

Salurkan terus sumbangan / infaq / zakat ke Akaun Humanitarian Care Malaysia.

Untuk sumbangan ke Gaza, salurkan ke » mycare.qrd.by/palestin

atau

Maybank Islamic Berhad
5515 7500 4299

CIMB Islamic Bank Berhad
8602 135 592

Bank Islam Malaysia Berhad
1209 2010 0349 04


Boleh baca lanjut liputan media:

https://bernama.com/en/general/news.php?id=1964133
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1964093

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini