MyCARE dalam perjalanan ke Gaza

Kami memohon jasa baik rakyat Malaysia sekalian untuk mendoakan kemudahan dan keselamatan wakil MyCARE yang kini dalam perjalanan masuk ke Gaza melalui darat di sempadan Rafah.
Sukacita dimaklumkan, wakil tunggal MyCARE, Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar yang juga merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, telah terpilih sebagai salah seorang ahli delegasi misi antarabangsa Miles of Smiles (MoS) yang akan masuk ke Gaza pada hari ini selepas mendapat kelulusan daripada kerajaan Mesir.
Ini merupakan misi ke-20 kami ke Gaza. Misi kali ini mempunyai signifikan yang besar berikutan beberapa siri pembunuhan ke atas penduduk Gaza yang berhimpun secara aman di sempadan Gaza-Israel oleh rejim Zionis Israel sejak 30 Mac 2018.


Justeru, kami namakan misi kali ini sebagai “Aqsa2Gaza20 (A2G20): Operasi Badar 2.0” bagi meneruskan kesinambungan “Operasi Badar 2014” yang kami lancarkan selepas serangan besar-besaran ke atas Gaza pada bulan Ramadan tahun 2014.
Antara objektif misi pada kali ini ialah:
1) Memantau penyaluran sumbangan rakyat Malaysia untuk projek MyRamadan 2018 oleh Pejabat MyCARE di Gaza;
2) Menziarahi keluarga almarhumah Razan Al-Najjar, sukarelawan MyCARE yang terkorban dalam serangan Israel pada hari Jumaat lepas, 1 Jun 2018;
3) Menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada keluarga almarhum Dr. Fadi Al-Batsh;
4) Mengaudit projek-projek yang dilaksanakan oleh Pejabat MyCARE Gaza.
Teruskan menghulur bantuan anda ke Palestin di bulan Ramadan ini melalui MyCARE di www.billplz.com/myramadan
ATAU melalui akaun ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ seperti berikut:
Maybank Islamic: 5642 5856 0698
Bank Islam: 1209 20100 34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
Maklumkan sumbangan anda ke emel: myramadan@mycare.org.my ATAU
Whatsapp/Telegram ke 018-9089282 [Reference: myramadan]
Semoga Allah S.W.T mengganjari sumbangan tuan/puan di 10 akhir Ramadan ini dengan ganjaran yang berlipat kali ganda dan dipertemukan dengan Lailatul Qadar. Insya Allah.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali