MyCARE Education Fund

Kempen MyCARE Education Fund pertama kali dianjurkan pada tahun 2017. Kempen ini menghimpunkan beberapa projek untuk membantu penduduk di negara  konflik atau dihimpit kemiskinan dari segi keperluan pendidikan.
Di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat, Syria dan Iraq, hampir kesemua fasiliti pendidikan mereka musnah. Ada juga sekolah dan universiti yang telah dibina semula, tetapi dimusnahkan dalam sekelip mata oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai contoh sekolah as-Solah di Gaza yang dibom oleh Zionis pada tahun 2014.
Bagi pelarian yang bernasib baik, mereka diterima berlindung di negara-negara lain. Tetapi hakikatnya kos untuk memulakan hidup baru sangat mahal dan susah. Apatah lagi untuk membiayai kos pendidikan yang hari ini menjadi satu keperluan untuk berjaya. Maka, MyCARE Education Fund adalah satu platform untuk rakyat Malaysia membantu mereka yang memerlukan dari segi pendidikan.
Kempen ini menyasarkan jumlah kutipan RM 2 juta untuk diagihkan kepada 5,000 penerima manfaat di Nusantara, Palestin, Iraq dan Syria.
Antara pakej penajaan di dalam projek MyCARE Education Fund adalah:

  1. Infaq Siswa : RM100/unit

Bertujuan untuk meringankan beban pelajar Palestin yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat universiti sama ada di Malaysia ataupun di luar negara. Penajaan ini baru bermula pada tahun 2016.
Para pelajar yang layak untuk mendapat penajaan dari rakyat Malaysia melalui MyCARE mesti memenuhi beberapa kriteria yang telah disaring oleh pihak Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) dan Iternational Educational Scientific Cultural Organization Berhad (IESCO – NGO kerjasama MyCARE). Prosedur penyaringan ini sangat penting kerana MyCARE ingin menyalurkan bantuan rakyat Malaysia kepada mereka yang betul-betul layak dan memerlukan.
Antara kriteria tersebut adalah:

  • Rakyat Palestin yang berada di Gaza dan Tebing Barat
  • Tidak berkemampuan untuk menampung perbelanjaan pelajaran
  • Bidang pengajian utama yang ingin dipelajari mestilah diperlukan di Palestin
  • Menguasai bahasa Inggeris
  • Menabur bakti di Palestin sekurang-kurangnya 10 tahun selepas tamat pengajian

Semoga melalui projek berbentuk jangka panjang ini boleh membina generasi masa hadapan Palestin yang celik ilmu sekaligus membebaskan Palestin daripada terus dijajah.
MyCARE menyasarkan 11,000 unit untuk ditaja bagi menampung kos perbelanjaan pendidikan para siswa ini.

  1. MyMuhajirin : RM50/unit

Mengambil contoh persaudaraan Muhajirin dan Ansar, tabung ini diwujudkan khusus untuk membantu keluarga pelarian Palestin yang berlindung di Malaysia bagi memastikan anak-anak mereka mendapat peluang pendidikan. Tabung ini juga dimanfaatkan untuk kes-kes kecemasan yang melibatkan pelajar.
Sasaran bagi projek ini adalah sebanyak 4000 unit tajaan.

  1. Back2School : RM150/unit

Pakej ini pula membantu membekalkan perkakas sekolah kepada kanak-kanak Palestin, Syria, Iraq, Vietnam, Filipina, Rohingya, Malaysia dan negara-negara lain yang MyCARE santuni. Kebanyakan penerima manfaat adalah mereka yang terkesan oleh kemiskinan. Setiap unit sumbangan mengandungi alat tulis, buku, uniform (pakaian sekolah) dan beg sekolah.
MyCARE telah melaksanakan penajaan Back2School (B2S) sejak tahun 2013. Pada tahun 2016, penduduk di Kuching, Kota Samarahan, Sibu, Miri dan Bintulu antara penerima manfaat B2S. Penyaluran telah dibuat tanpa mengira latarbelakang bangsa dan agama kerana pendidikan adalah hak asasi setiap individu.
 

Untuk menyumbang secara online, sila klik:

[button link=”https://www.billplz.com/educationfund” type=”big” newwindow=”yes”] MyCARE Education Fund[/button]

ATAU

melalui akaun bank secara deposit dan maklumkan kemasukan ke edufund@mycare.org.my

CIMB Islamic: 8602-135-592
MaybankIslamic: 5515-7500-4299

Bank Islam: 1209-2010-0349-04
JomPAY (ID: 6197)

 
Untuk sebarang pertanyaan dan makluman berkenaan dengan kempen ini, sila hubungi En. Aiman di talian 018-383 2458.
Jazakumullahu khairan kathir.
 
 
Penafian: Kami juga menerima apa-apa jumlah sumbangan yang anda ingin sumbangkan dan kami akan masukkan ia dalam kategori “sumbangan umum” projek ini. Terima kasih.
 
 

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Harapan baru untuk Syria

Rakyat Syria masih berperang — bukan dengan senjata, tapi dengan kelaparan, kehilangan, dan kesedihan.   Rakyat Syria memerlukan bantuan segera untuk membina semula kehidupan —

[Banjir] Operasi di Kelantan

Sukarelawan telah turun ke depo barangan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri di RTC, Tunjong untuk menyumbang tenaga pada 6 dan 7 Disember