MyCARE Education Fund | Back2School 2023

Apabila sesi persekolahan semakin hampir, pastinya bandar dan kedai-kedai dipenuhi oleh ibubapa dan anak-anak untuk membeli kelengkapan sekolah yang baru. Ada yang mencuba kasut baru, ada yang memilih beg sekolah, dan ada juga yang mencari set alatan tulis baru. Anak-anak sangat teruja untuk memulakan sesi persekolahan baru dengan semua kelengkapan baru.
 
Ya lah, siapa tak seronok apabila dapat benda baru. Ibu bapa juga akan tersenyum gembira dapat memenuhi keperluan anak-anak mereka.
 
Namun, tidak semua diberikan kemampuan kewangan yang sama. Bayangkan ada anak-anak membawa beg sekolah yang sudah koyak pada hari pertama persekolahan. Mengenakan pula kasut dan baju yang lusuh lagi bercabik. Pasti hatinya terusik apabila melihat kawan-kawan lain mengenakan kelengkapan serba baru.
 
Dan terkadang, hati kita juga terusik dan tertanya, bagaimana kita boleh membantu mereka?
 
Maka, MyCARE membuka peluang kepada anda melalui Misi Sabah 2023 dalam Projek Back2School untuk mengukir senyuman di wajah mereka!
 
Anda boleh menyumbang untuk pakej:
1. Projek Back2School atau;
2. Jumlah lain yang anda pilih di bawah Sumbangan Pendidikan
 
Inisiatif ini adalah usaha berterusan kami untuk memastikan peluang pendidikan bagi kanak-kanak yang keciciran di pedalaman Sabah. Kami turut berhasrat untuk melakukan aktiviti psikososial kepada kanak-kanak ini bagi memastikan motivasi dan persekitaran yang mereka diami lebih membina dan mampan.
 
Ukirkan senyuman mereka di hari pertama persekolahan mereka dengan menyumbang di:
http://mycare.qrd.by/mefvol
 
“Pendidikan adalah hak kanak-kanak, dan tanggungjawab kita bersama.”
 
Untuk mendapatkan maklumat lengkap tentang aktiviti psikososial bawah unit Kesukarelawanan MyCARE, layari: https://www.mycare.org.my/volunteers-~psychosocial~-with-~refugees~

 
Sebarkan agar lebih ramai mendapat manfaat bersama.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Kenyataan Media Genjatan Senjata Gaza

Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyambut baik pengumuman gencatan senjata di Gaza yang akan berkuatkuasa pada Ahad, 19 Januari 2025. Gencatan senjata ini akan menamatkan genosid

MyCARE Education Fund | BACK2SCHOOL

Sesi persekolahan 2025 dah tak lama lagi dah. Ini tandanya Projek Back2School bersama MyCARE akan kembali lagi! Kami team sukarelawan ingin membantu seramai 50 orang

FLINT & SENADA Gives Back

MyCARE menutup tirai 2024 dengan program FLINT and SENADA Gives Back yang berlangsung pada 31 Disember 2024 di FLINT, The Curve, Damansara.   Program ini

Melakar Strategi Rose2Rose 2025

Tahun 2024 telah menjadi saksi kepada pelbagai pencapaian bermakna dalam usaha R2R, khususnya dalam membantu wanita dan kanak-kanak di negara yang bergolak dan sedang mengharungi