Kami percaya bahawa setiap individu mempunyai hak untuk menerima pendidikan berkualiti tanpa kira latar belakang mereka. Namun, realitinya tidak semua mendapat peluang ini, terutamanya pelarian yang sering dipinggirkan daripada sistem pendidikan.
MyCARE Education Fund diwujudkan untuk merapatkan jurang ini dan memastikan semua individu termasuk pelarian mendapat peluang yang sama untuk belajar.
MyCARE memberikan bantuan pendidikan kepada anak-anak di Malaysia, Filipina, Syria, Palestin, dan negara-negara lain yang memerlukan. Di Malaysia, terdapat 3 sekolah MyCARE di Sungai Tekali, Seri Serdang dan Johor.
Ayuh bantu mereka terima pendidikan yang terbaik! Layari:
https://mycare.qrd.by/mef
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
013-7482753 – Hanis Halim
[MyRamadan] Syria terus diuji, tetapi kita tidak pernah berhenti
Alhamdulillah, dengan sokongan padu rakyat Malaysia, MyCARE telah berjaya mengagihkan 5,000 ikat roti kepada keluarga asnaf di Syria yang sedang bergelut dengan kemiskinan dan kelaparan.