MyCARE hantar misi ke-2 ke Palu Khamis ini

Selepas kejayaan Misi Pertama MyCARE 7-15 Oktober 2018 dan mengenalpasti keperluan-keperluan yang utama mangsa-mangsa gempa bumi dan tsunami di Palu dan Donggala, MyCARE telah menyusun misi ke-2 yang akan disertai oleh gabungan aktivis MyCARE, doktor perubatan, badan korporat dan lebih 7 orang pemberita.
Misi yang akan dikoordinasikan bersama NGO di Indonesia, iaitu PKPU Human Initiative, yang akan diketuai oleh Prof Madya Dr. Mohd Zin Kandar akan berlepas dari KLIA pada hari Khamis malam pada 25hb Oktober 2018 dan akan berada beberapa hari di Palu dan Donggala.
Pelbagai bantuan akan dibawa oleh peserta misi termasuk keperluan ibadah seperti telekung solat, pek-pek makanan keluarga, kit kebersihan wanita, hadiah kanak-kanak dan lain-lain.
Ayuh bantu ringankan beban mereka melalui 3 langkah berikut:
 

1. DERMA

ONLINE: www.billplz.com/tsunamisulawesi
ATAU
BANK TRANSFER ke akaun “HUMANITARIAN CARE MALAYSIA BERHAD”
MAYBANK ISLAMIC: 5515-7500-4299
CIMB ISLAMIC: 86-0213559-2
BANK ISLAM: 1209-20100-34904
 

2. MAKLUM PADA KAMI

Letakkan ref ‘sulawesi’ dan emailkan ke account@mycare.org.my atau WhatsApp/Telegram slip sumbangan anda ke +6018-3832458 (En. Aiman)
 

3. SEBARKAN

Sebarkan (share) info ini agar lebih ramai dapat turut sama menyumbang.
Terima kasih. Semoga Allah merahmati kita semua!

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Groceries for Ramadan 2025

Rose2Rose bersama Team Penawar Asnaf mengajak anda untuk menyemarakkan bulan yang mulia ini dengan menyumbang kepada Kempen Groceries for Ramadan! Sasaran: 100 keluarga asnaf di