MyCARE lancar misi kemanusiaan di Cox’s Bazaar

KUALA LUMPUR, 27 September 2017 – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) menyasarkan kutipan sebanyak RM350,000 untuk mengisi ‘Tabung Kecemasan Rohingya’ bagi membantu pelarian etnik itu yang berada di Cox’s Bazar, Bangladesh.
Pengerusi MyCARE, Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor berkata bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera kepada pelarian​​​​​​ Rohingya yang semakin bertambah di kawasan itu.
Katanya, setakat ini tabung berkenaan telah berjaya mengumpul dana sebanyak RM150,000 hasil kutipan bersama tiga pertubuhan sukarelawan termasuk MyCARE yang berada di Bangladesh.
“Selain dana kewangan, kita turut membawa bersama bantuan termasuk makanan dan air bersih, ubat-ubatan, khemah penempatan sementara dan tandas serta pasukan perubatan.”
“MyCARE juga mula mengumpul keperluan menjelang musim tengkujuh sekiranya berlaku banjir di negara berkenaan,” katanya dalam Sidang Media Pelancaran Misi Kemanusiaan MyCARE ke Cox’s Bazar 2 yang akan berlepas ke Bangladesh bulan depan.
Dr. Hafidzi menyeru orang ramai untuk menyalurkan sebarang bentuk bantuan kepada MyCARE.




Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Bantuan kewangan boleh dibuat melalui akaun rasmi:
Humanitarian Care Malaysia Berhad (Maybank: 5642-5856-0698)
(CIMB Bank: 8602-135-592)
(Bank Islam: 1209-2010-0349-04)
atau melalui laman web: www.billplz.com/selamatkanrohingya
Menurutnya melalui misi bantuan kemanusiaan pertama MyCARE ke Cox’s Bazar pada April lepas, sebanyak RM80,000 telah berjaya disampaikan.
Sementara itu, wakil komuniti Rohingya dari Pusat Tahfiz Al-Amin di Kajang, Selangor, Nurul Amin Sirajul Haque berkata berdasarkan situasi meruncing yang dilalui etnik itu, beliau tidak mampu untuk pulang ke negara asalnya.
“Bagi pihak semua komuniti Rohingya… saya hanya dapat menyatakan yang kami cintakan negara kami, tetapi kami hanya mampu pulang ke sana jika kami boleh mendapat semua kemudahan untuk hidup dan dilayan sebagai manusia,” katanya kepada pemberita.
MyCARE juga telah menyerahkan sumbangan kepada madrasah-madrasah kepada pemimpin komuniti Rohingya yang telah hadir di dalam ‘Sesi Perkongisan bersama Pemimpin Rohingya di Malaysia’ yang diadakan sejak awal pagi.
Dipetik dari BERNAMA

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali