MyCARE lancar Tabung Kecemasan Anak Yatim Palestin

Menurut anggaran oleh Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kira-kira 17,000 kanak-kanak di Gaza menjadi yatim piatu selepas kehilangan salah seorang atau kedua-dua ibu bapa sejak 7 Oktober 2023.

Setiap kanak-kanak ini mewakili kisah tragis kehilangan dan kesedihan. Jumlah ini mewakili kira-kira 1% daripada jumlah penduduk yang terlantar, iaitu 1.7 juta orang di Jalur Gaza.

Akibatnya, kanak-kanak ini hidup dalam keadaan yang sangat sukar dan luar biasa, seringkali tanpa tempat perlindungan yang sebenar. Ini boleh membawa kepada kesan negatif yang mendalam pada kanak-kanak, termasuk kesan psikologi dan sosial seperti kesunyian, kemerosotan kesihatan mental, dan gangguan pembelajaran serta perkembangan sosial.

Justeru itu, demi memastikan kesejahteraan dan perkembangan mereka anak-anak yatim yang terkesan selepas perang. MyCARE melancarkan Tabung Kecemasan Anak Yatim Palestin.

MyCARE juga sedang berusaha untuk mengenalpasti dan menyelaraskan kerjasama dengan rakan NGO kami di sana untuk menyalurkan sumbangan bagi meringankan beban anak-anak yang terlibat.

MyCARE mensasarkan bantuan RM1 juta sebagai permulaan bagi menampung perbelanjaan keperluan asas mangsa yang terlibat.

Ayuh bersama ringankan beban mereka di:
https://mycare.qrd.by/yatimpalestin

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali