MyCARE rai buka puasa bersama komuniti Rohingya

SERI KEMBANGAN, 8 Jun 2017 – Seramai 120 orang komuniti Rohingya termasuk 40 pelajar dari Madrasah ERCA, Sri Serdang, Seri Kembangan diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran Humanitarian Care Malaysia (MyCARE).
Majlis berbuka puasa tersebut merupakan acara tahunan MyCARE bersama komuniti Rohingya di Malaysia yang bertujuan mengeratkan silaturrahim bersama komuniti Rohingya dan sempena kempen MyRamadan yang berlangsung buat kali ke-7.



Lebih menyeronokkan kesemua 40 orang pelajar yang berusia 7 hingga 15 tahun itu turut menerima sumbangan duit raya dan pek ibadah yang mengandungi Al-Quran, sejadah, kain pelikat dan telekung.
Turut hadir pada majlis itu Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr. Fauziah Mohd Hasan berkata MyCARE tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik dan menderita serta akan menyalurkan bantuan ke seluruh negara.
“Bantuan ini bukan hanya diberikan semasa sambutan bulan Ramadan namun pada bila-bila masa yang diperlukan.”
“Bagi tahun ke-7 berturut-turut, MyCARE tidak pernah ketinggalan untuk membantu saudara-saudara kita yang ditimpa kesusahan di luar mahu pun di dalam negara termasuklah baru-baru ini di Myanmar.”
“MyCARE telah menghantar bantuan kemanusiaan pada 26 Mei sehingga 1 Jun 2017 RM 110,000 telah disalurkan berupa pek makanan dan ibadah aqiqah.”
“Pihak MyCARE juga merasai sendiri pengalaman ribut taufan Mora semasa berada di Sittwe.”
“Tahun ini MyCARE menyasarkan RM5 juta untuk kempen MyRamadan dengan pakej pek makanan (sahur dan Iftar) RM100/unit dan hadiah raya RM 50/unit untuk diagihkan kepada negara yang memerlukan terutama di Syria, Gaza, kem-kem pelarian di Lubnan dan Jordan,” tambah beliau.







Lagi gambar-gambar di album Nusantara Care
Majlis diteruskan dengan Solat Maghrib, Isyak dan Tarawih.
Sementara itu pengetua madrasah berkenaan, Mohd Rafique Khairul Bashar menyifatkan sumbangan MyCARE itu membantu meringankan beban kewangan pihaknya bagi menjalani ibadah puasa.
MyCARE menyeru kepada rakyat Malaysia untuk terus menyumbang ke tabung MyRamadan bagi membantu rakyat yang memerlukan.
Bagi mereka yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian ke akaun CIMB 8602 135 592 atas nama Humanitarian Care Malaysia. Untuk menderma atas talian boleh ke https://www.billplz.com/myramadan

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika

Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat

MyRamadan 2025

Pesta ibadah bakal menjelang tiba. Ramadan, bulan di mana kita berebut melakukan amal kebaikan kerana ganjaran yang berganda. Dengan ketibaan bulan mulia ini, tiba jugalah

MyRamadan: Skuad Virtual Support 1446H

Genjatan senjata telah bermula sejak 19 Januari 2025, maka ini adalah permulaan baharu untuk masuknya lebih banyak lori bantuan ke Gaza. Penduduk Gaza telah kembali