MyCARE Road Tour (MRT) 2023

Tahun 2022 sudah tiba di penghujungnya,
Kini 2023 pula menjelang tiba,
Pelbagai usaha dan sumbangan telah dilaksanakan dan disalurkan,
Tahun ini MyCARE Road Tour 2023 kami langsungkan.
 
MyCARE Road Tour (MRT) telah pun bermula dengan program Hitea Fundraiser MyCARE pada 27 November 2022. Diikuti oleh Walk4Humanity yang dilaksanakan di Johor pada 10 Disember yang lalu.
 
Mungkin ada yang kurang tahu antara projek-projek yang kami laksanakan, golongan-golongan yang kami santuni serta negara-negara yang kami salurkan bantuan. MyCARE mengambil inisiatif melalui MRT 2023 ini untuk terus komited dan proaktif dalam memberikan yang terbaik dalam aspek ketelusan, integriti, dan good governance.
 
Program kali ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran wakil MyCARE di Gaza, Dr. Ziad M. Shehada yang akan berkongsi perkembangan terkini serta projek-projek yang berjaya dilaksanakan melalui MyCARE.
 
Pelbagai pengisian akan diadakan oleh MyCARE daerah dan negeri di seluruh Malaysia. Banyak perkongsian akan dilakukan. Pelbagai soalan boleh dikemukakan. Sebarang kekeliruan akan menemui jawapan. Inilah masanya untuk anda dan kami bersua dan mendapatkan perkembangan terkini demi meneruskan perjuangan isu kemanusiaan ini.
 
Jom turun bersama kami di seluruh negeri sepanjang bulan Januari sehingga Jun 2023 ini. Nantikan perkembangan terkini program-program di laman sosial kami.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

XM x MyCARE bawa anak yatim ke dunia sains

Terima kasih kepada XM atas sokongan bagi menjayakan program Exploring Science: A Journey Into Discovery bersama Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim & Asnaf Qaseh Ibu. Program

[MyPrihatin] Bantuan untuk pelajar asnaf

Bantuan MyPrihatin untuk Nurul Wakhidah binti Mohd Amin, seorang pelajar berusia 25 tahun bertujuan untuk meringankan cabaran yang dihadapinya setelah pembedahan otak yang menyebabkan penyakit