MyCARE santuni anak-anak yatim Syria di Istanbul

Seramai 70 orang anak-anak yatim Syria di sekitar Istanbul disantuni dan sumbangan sebanyak RM45,000 telah diserahkan. Sumbangan adalah dalam bentuk tunai dan program Child’s Smile secara kerjasama antara Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan Himma Youth (Himma).
Child’s Smile merupakan program psikososial yang diadakan khas untuk anak-anak yatim Syria di Turki  dan sehingga ini pihak MyCARE dan Himma Youth telah melaksanakan 6 buah program bersama. Antara yang menarik tentang program ini adalah cara pengendaliannya.



Program ni dikendalikan oleh anak-anak muda Syria yang masih menuntut di universiti sebagai fasilitator dan sukarelawan. Mereka telah dilatih dan melalui latihan tertentu sebelum mengendalikan program. Program adalah berbentuk berterusan dan mementingkan outcome dengan modul yang perlu diikuti oleh anak-anak yatim yang terlibat. Antara program yang dilakukan adalah melukis, mewarna, bercerita, educational trip, pengajaran ilmu-ilmu agama, pendidikan akhlak, public speaking dan banyak lagi.


Lagi gambar-gambar di album MyCARE
Teruskan sumbangan untuk sekuntum senyuman buat anak-anak yatim Syria yang merupakan mangsa perang dan krisis di Syria yang belum punya penyelesaiannya. Ia amat bermakna buat anak-anak yatim dan asnaf.
Berminat untuk menaja?
Dapatkan borang online di sini:
http://bit.ly/JomTaja
Sumbangan boleh disalurkan melalui:
HUMANITARIAN CARE MALAYSIA

Maybank Islamic: 5515 7500 4299
Bank Islam: 1209 2010 0349 04
CIMB: 8602 135 592
Hantarkan bukti pembayaran kepada MyCARE melalui:
E-mail: account@mycare.org.my
Whatsapp: 013-7444760
Untuk maklumat lanjut, hubungi:
Pn Raimi Sayuti / Pn Norlela Hussin: 03-89412341 / 013-7444760

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Groceries for Ramadan 2025

Rose2Rose bersama Team Penawar Asnaf mengajak anda untuk menyemarakkan bulan yang mulia ini dengan menyumbang kepada Kempen Groceries for Ramadan! Sasaran: 100 keluarga asnaf di

Jom Tunaikan Zakat Melalui MyCARE

Seperti mana yang kita sedia maklum Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) merupakan Ejen Perunding Zakat bagi Lembaga Zakat Selangor sejak tahun 2022.Oleh itu MyCARE ingin mengajak