Pada bulan Ramadhan 1438H (2017) tahun ini, MyCARE telah menyantuni dan menyampaikan sumbangan serta mengadakan beberapa program meraikan masyarakat Rohingya dan Palestin di Malaysia. Antara program tersebut adalah Tajaan Pek Ibadat (kain pelikat, telekung, sejadah & al-quran), Tajaan Pek Makanan (air mineral, beras, gandum, minyak dan gula), dan Tajaan Iftar (makanan berbuka puasa).
Berikut adalah beberapa aktivti yang dijalankan sepanjang Ramadhan ini ;
1. Khamis, 8 Jun : Program Penyerahan Tajaan Pek Ibadat & Iftar – Seramai 120 orang komuniti Rohingya termasuk 40 pelajar dari madrasah ERCA, Sri Serdang, Seri Kembangan diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran MyCARE. Turut hadir pada majlis itu Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE, Dr Fauziah Mohd Hasan.
Anggaran pemanfaat – 120 orang Rohingya
Anggaran sumbangan – RM 4,000.00
2. Jumaat, 9 Jun : Program Penyerahan Tajaan Pek Ibadat & Makanan – Penyerahan 52 pek ibadat dan makanan untuk pelajar Rohingya di Ma’ahad Al Islahiyah Al Islamiyah Ma Tahfidzul Quran, Teluk Panglima Garang Klang, Selangor.
Anggaran pemanfaat – 200 orang Rohingya
Anggaran sumbangan – RM 4,000.00
3. Sabtu, 10 Jun : Program Penyerahan Tajaan Pek Ibadat & Makanan – Penyerahan 80 pek ibadat dan makanan untuk pelajar Rohingya di Madrasah Muiinulislam, Meru, Klang, Selangor.
Anggaran pemanfaat – 300 orang Rohingya
Anggaran sumbangan – RM 6,000.00
4. Selasa, 13 Jun : Program Penyerahan Tajaan Pek Ibadat – Penyerahan 100 pek ibadat untuk tahanan Rohingya di Depot Tahanan Imigresen Juru, Pulau Pinang.
Anggaran pemanfaat – 100 tahanan Rohingya
Anggaran sumbangan – RM 4,000.00
5. Rabu, 14 Jun : Program Penyerahan Tajaan Pek Ibadat – Penyerahan 600 pek ibadat untuk tahanan Rohingya di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Kedah.
Anggaran pemanfaat – 600 tahanan Rohingya
Anggaran sumbangan – RM 20,000.00
6. Rabu, 14 Jun : Program Tajaan Iftar & Pek Makanan – Seramai 100 orang komuniti Rohingya termasuk 40 pelajar dari Akademi Al-Quran Waddirasat Islamiah, Kelantan diraikan dalam majlis berbuka puasa anjuran MyCARE.
Anggaran pemanfaat – 100 orang Rohingya
Anggaran sumbangan – RM 2,000.00
7. Rabu, 21 Jun : Program Tajaan Pek Makanan – Seramai 48 keluarga Rohingya dari Rohingya Society Malaysia (RSM), Ampang, Selangor diraikan dalam majlis penyerahan Pek Makanan anjuran MyCARE.
Anggaran pemanfaat – 200 orang Rohingya
Anggaran sumbangan – RM 2,000.00
8. Rabu, 21 Jun : Sumbangan Iftar – Hadramawt Kitchen Wangsa Maju telah menaja 300 pek Nasi Arab untuk komuniti Rohingya di beberapa lokasi iaitu Persatuan Rohingya Malaysia (Ampang), Madrasah Khariah (Kajang), Komuniti Rohingya Sungai Sekamat (Kajang) dan Madrasah Muiinulislam Meru (Klang).
Anggaran pemanfaat – 300 orang Rohingya
Anggaran sumbangan – RM 3,000.00
9. 14 Jun – 24 Jun : Program Iftar Perdana, Iktikaf dan Sahur – Seramai lebih kurang 1500 pelajar Palestin dan hampir 3000 pelarian dari komuniti Palestin yang berada di Malaysia telah diraikan di dalam program iftar perdana, iktikaf dan sahur bertempat di 12 universiti di Malaysia.
Anggaran pemanfaat – 4500 orang Palestin
Anggaran sumbangan – RM 25,000.00
Lagi gambar-gambar di FB Nusantara Care
Ayuh terus berikan kegembiraan kepada mereka pada Ramadan ini melalui ibadah sedekah anda melalui MyCARE dengan menyalurkan sumbangan anda ke:
Maybank Islamic : 5642-5856-0698
Bank Islam : 1209-20100-34904
CIMB Islamic: 8602 135 592
JomPAY (ID: 6197)
Secara ONLINE di: www.billplz.com/myramadan
Nyatakan kemasukan sumbangan anda ke 018-383 2458 atau emel ke ramadan@mycare.org.my
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat MyCARE:
03-8941 2341 (Sazlie)
Mohon sebarkan info ini kepada kenalan/sahabat anda!
“Ibadah Kita Kegembiraan Mereka”
[MisiFlotilla] Untuk Siaran Segera: 11 November 2024
Ketika kita mengenang mereka yang telah terkorban akibat kekejaman yang dilakukan oleh Israel dan sekutunya sepanjang tahun lalu, FFC terus berusaha memecahkan sekatan ke atas