PUTRAJAYA, 30 November 2018 – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) sebagai rakan strategik YAYASAN KEBAJIKAN NEGARA (YKN) untuk Tabung Rakyat Palestin menerima sumbangan berjumlah RM100,000 yang disampaikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Kebajikan Negara.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCARE, Tuan Haji Kamarul Zaman Shaharul Anwar mengatakan MyCARE komited menyalurkan sumbangan kepada rakyat Palestin dan memberikan perhatian yang serius kepada perubatan dan kebajikan rakyat Palestin melalui kempen ini.
Turut menerima sumbangan Pengarah Perkongsian Strategik UNRWA, Abdi Aynte dan Tuan Haji Zairul Shahfudin Zainal Abidin dari Islamic Relief Malaysia (IRM).
Penyerahan dana itu diadakan bertepatan dengan International Day of Solidarity with the Palestinian yang disambut semalam.
Setakat semalam, Dr. Wan Azizah berkata kempen YKN-Tabung Rakyat Palestin berjaya mengutip RM737,054.87 dan beliau berharap jumlah sumbangan dapat mencecah angka RM1 juta menjelang tarikh akhir kempen itu pada 31 Dis ini.
Orang ramai dan syarikat korporat boleh menyalurkan sumbangan kepada YKN-Tabung Rakyat Palestin melalui akaun Alliance Islamic Bank: 1601 4001 11300 atau menggunakan perkhidmatan JomPAY (Biller code: 45765) (Ref 1: Tabung Palestin).
Memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika
Rose2Rose bersama para NGO yang bernaung di bawah Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCQP) telah menghantar sebuah memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat