MyCARE X Media Prima baikpulih telaga Gaza

MyCARE berjaya menamatkan Fasa 1 Projek Pemulihan Telaga Air yang bertujuan untuk mengembalikan akses kepada air bersih bagi komuniti yang terjejas akibat konflik.

 

Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Perbandaran An-Nuseirat dan mendapat sokongan pembiayaan daripada Media Prima Malaysia.

 

Fasa pertama ini berjaya memulihkan Telaga Abu Kamil yang kini berfungsi semula dan memberi manfaat kepada 18,000 penduduk di kawasan Al-Da’awa, Al-Louh, sebahagian dari 18th Street, dan Blok C.

 


 

 

Sebelum ini, telaga ini tidak berfungsi sejak 7 Oktober 2023 disebabkan kerosakan mekanikal dan kekurangan alat ganti untuk pembaikan. Keadaan ini menjadi lebih buruk kerana pasukan penyelenggara tidak dapat masuk ke kawasan tersebut kerana risiko keselataman.

 

Namun, setelah gencatan senjata dicapai, MyCARE dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan sokongan Media Prima, berjaya memulihkan telaga ini bagi menyediakan air bersih yang sangat diperlukan untuk penduduk yang baru kembali ke rumah mereka selepas dipindahkan.

 


 

 

 

Projek ini berjaya memberikan akses air bersih kepada 18,000 penduduk, membolehkan mereka memulakan proses pembinaan semula rumah dan kehidupan mereka. Selain itu, pemulihan telaga ini turut mengurangkan risiko penyakit bawaan air dan meningkatkan keadaan sanitasi yang teruk akibat kekurangan air.

 

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam projek ini, khususnya Media Prima Malaysia atas sokongan padu mereka dalam memberi harapan baru kepada penduduk Gaza.

 

Teruskan menyumbang di:

 

atau

 

Humanitarian Care Malaysia Berhad
CIMB Islamic
8602 135 592

 

Sila hantarkan bukti sumbangan ke e-mail account@mycare.org.my atau WhatsApp ke http://wasap.my/60166366369

 

Jadikan sumbangan anda sebagai sebahagian daripada perubahan besar untuk mereka yang memerlukan.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sharing is caring:

More Posts:

Bantuan gempa bumi Myanmar & Thailand

Pada 28 Mac 2025, gempa bumi dahsyat berkekuatan 7.7 magnitud telah melanda Myanmar, dengan gegaran turut dirasai di Thailand. Bencana ini telah mengakibatkan lebih daripada

[MyRamadan] Sumbangan iftar Gaza

Bila last kita makan daging? Semalam? Minggu lepas?   Alhamdulillah, MyCARE berjaya mengagihkan 500 buah hidangan iftar kepada 1,000 orang penerima manfaat di Gaza, termasuk